HAKIM Danish Belum Puas Hati Prestasi Jentera
Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish yang mewakili pasukan AEON Credit MT Helmets - MSi menjelaskan strategi pemilihan tayar pada hari perlumbaan juga tepat cuma potensi sebenar jentera masih belum dapat dimaksimumkan
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/28/20261 min read


PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mengakui tahap pelarasan jenteranya masih belum berada pada tahap optimum dan perlu dipertingkatkan biarpun berjaya meneruskan rentak mengutip mata pada saingan Grand Prix (GP) Sepanyol 2026 di Jerez.
Selain itu, pelumba yang mewakili pasukan AEON Credit MT Helmets - MSi menjelaskan strategi pemilihan tayar pada hari perlumbaan juga tepat cuma potensi sebenar jentera masih belum dapat dimaksimumkan.
"Mengenai pemilihan tayar, saya rasa pilihan yang dibuat agak baik dan ia hampir sama dengan apa yang digunakan oleh pelumba lain.
"Tetapi, untuk pelarasan jentera pula, saya rasa masih ada ruang yang boleh dipertingkatkan lagi bagi perlumbaan akan datang," katanya ketika mengulas mengenai persembahannya di Jerez.
Bermula di petak ke-10, Hakim memulakan saingan dengan baik namun terpaksa akur apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13, mencatatkan keputusan yang disifatkannya sebagai suatu yang positif kerana kekal konsisten meraih mata.
Apapun, ia diakui masih belum cukup memuaskan dari segi keupayaan peribadinya.
"Dari segi tekanan, saya tidak berdepan sebarang masalah," katanya.

