HAKIM Danish Beraksi Di GP Malaysia Guna Jentera KTM Spesifikasi 'Kilang'
Selain pakej terbaik, Shafriman menjelaskan Hakim Danish yang juga pelumba kelahiran Terengganu ketika ini sedang mengharungi persiapan rapi termasuk latihan di SIC
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/13/20251 min read


PELUMBA wildcard Moto3 negara, Hakim Danish Ramli akan berlumba menggunakan jentera KTM dengan spesifikasi tertinggi bagi menghadapi Grand Prix (GP) Malaysia 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober ini.
Perkembangan menarik itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif ketika ditanya mengenai persiapan pelumba berusia 18 tahun itu menjelang aksi di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (SIC), minggu depan.
Keyakinan Shafriman terhadap anak muda kelahiran Terenggamu itu bukan sekadar retorik, tetapi bersandarkan kepada persiapan rapi yang sedang dijalani Hakim yang juga pelumba program pembangunan bakat dua roda SIC.
“Hakim Danish sudah pun menjalani beberapa sesi latihan di sini. Selepas bercakap dengannya semalam, saya tahu dia sangat, sangat teruja untuk berlumba di sini,” kata Shafriman dalam satu sidang media hari ini.
Shafriman turut mendedahkan bahawa Hakim akan menggunakan jentera KTM spesifikasi kilang - satu pakej yang jarang diberikan kepada pelumba wildcard.
Ia hadir lengkap dengan sokongan teknikal dan prestasi yang mampu mencabar pelumba tetap kejuaraan dunia.
“Kami berikan jentera terbaik untuk pusingan Sepang ini. Saya harap kenyataan ini dapat menepis segala khabar angin di luar sana,” kata Shafriman.
Hakim Danish pada muim ini menamatkan musim Red Bull MotoGP Rookies Cup 2025 di tempat ketiga keseluruha, satu pencapaian luar biasa yang melonjakkan namanya ke radar pasukan-pasukan dunia
Begitupun, belum ada pengumuman rasmi sama ada dia akan menyertai saingan Moto3 secara sepenuh masa pada musim hadapan.

