HAKIM Danish Cemerlang Raih Barisan Depan GP Brazil
Hakim Danish dari pasukan AEON Credit MT Helmets-MSi itu melakukan catatan 1 minit 26.448 saat (s) di litar Autodromo Internacional Aryton Senna di Goiania yang juga barisan depan pertamanya di Kejuaraan Motosikal Dunia
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/22/20261 min read


JAGUH Moto3 negara, Hakim Danish Ramli menampilkan prestasi membanggakan selepas menamatkan sesi Kelayakan 2 (Q2) sebagai pelumba ke-3 terpantas sekali gus akan memulakan perlumbaan di Grand Prix (Brazil) di barisan depan.
Pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets-MSi itu melakukan catatan 1 minit 26.448 saat (s) di litar Autodromo Internacional Aryton Senna di Goiania yang juga barisan depan pertamanya di Kejuaraan Motosikal Dunia.
Joel Esteban dari pasukan LevelUp MTA dari Sepanyol meraih petak utama dengan catatan terpantas 1:26.241, diikuti pelumba Red Bull KTM Tech3 dari Argentina, Valentin Perrone (1:26.447s).
Selepas tampak bergelut pada aksi pembukaan musim 2026 di GP Thailand selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18, prestasi di Brazil jelas melegakan buat pelumba kelahiran Terengganu itu.
Sebagai rekod, ini adalah kembalinya GP Brazil dalam kalendar MotoGP sejak dua dekad.
Hakim Danish yang menyambut Lebaran bersama pasukannya turut mempamer prestasi baik ketika sesi Latihan dan berjaya menempatkan diri di Q2 secara terus.

