HAKIM Danish Cipta Sejarah, Naik Podium Di Mugello
Bermula di petak utama, Hakim Danish yang juga pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets-MSi menampilkan tunggangan berkualiti apabila sentiasa berada di kelompok depan dalam perlumbaan yang berlangsung cukup mendebarkan
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/31/20261 min read


PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli mencipta sensasi apabila merangkul podium sulungnya di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia selepas menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Itali di Mugello di tempat ketiga, hari ini.
Bermula di petak utama, pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets-MSi itu menampilkan tunggangan berkualiti apabila sentiasa berada di kelompok depan dalam perlumbaan yang berlangsung cukup mendebarkan.
Beberapa kali terperosok ke tangga ke-7, pelumba kelahiran Terengganu itu enggan mengalah untuk menempatkan diri dalam kelompok podium pada dua pusingan terakhir perlumbaan 17 pusingan itu dengan catatan 33 minit 08.257 saat.
Pelumba pasukan Red Bull KTM Ajo, Brian Uriarte yang juga musuh tradisi Hakim Danish di pentas Red Bull MotoGP Rookies Cup musim lalu menamatkan perlumbaan sebagai juara.
Rakan sepasukannya Alvaro Carpe melengkapkan kedudukan podium.
Bagi Hakim Danish, ini adalah musim pertamanya bersaing secara sepenuh masa di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto3.
Sebagai rekod, kali terakhir pelumba Malaysia meraih podium adalah menerusi Khairul Idham Pawi pada 2016 di GP Jerman.
Sementara itu, pelumba Indonesia, Veda (Honda Team Asia) menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-8.

