HAKIM Danish Ke-18 Terpantas Q2
Selepas menamatkan sesi Q1 dengan catatan ke-3 terpantas dan layak ke Q2, Hakim Danish tampak sedikit bergelut untuk mencatatkan masa terbaiknya dan sekadar melakukan catatan terbaik 1 minit 42.407 saat (s) yang juga catatan tercorot sesi berkenaan
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/12/20261 min read


BARISAN ke-6. Itu kedudukan permulaan buat pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli di Grand Prix (GP) San Marino selepas menamatkan sesi Kelayakan 2 (Q3) Mot03 di Litar Misano dengan catatan ke-18 terpantas.
Selepas menamatkan sesi Q1 dengan catatan ke-3 terpantas dan layak ke Q2, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu tampak sedikit bergelut untuk mencatatkan masa terbaiknya dan sekadar melakukan catatan terbaik 1 minit 42.407 saat (s).
Lebih menyakitkan, catatan yang 1.795s lebih perlahan berbanding pelumba yang meraih petak utama, David Almansa dari pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP adalah catatan tercorot Q2.
Bakal memulakan perlumbaan di barisan yang sama dengan Hakim Danish adalah pelumba Honda Team Asia, Veda Pratama (petak ke-16) dan pelumba pasukan Rivacold Snipers Team, Jesus Rios (petak ke-17).
Sementara itu, pelumba Red Bull KTM Ajo, Brian Uriarte akan memulakan perlumbaan bersebelahan Almansa selepas mencatatkan masa ke-2 terpantas 1:40.829s.
Dan pelumba pasukan GRYD Racing, Joel Kelso melengkapkan barisan depan dengan catatan 1:41.009s.

