HAKIM Danish Lengkapkan Aksi JrGP Jerez Di P9, P5!
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/1/20251 min read


PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli mengharungi kempen yang sukar pada Pusingan 2 Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP (JrGP) 2025 di Jerez, Sepanyol apabila menamatkan kedua-dua perlumbaan ditawarkan di tempat ke-9 dan ke-5, hari ini.
Selepas mengharungi Sesi Latihan Bebas pada Jumaat yang kompetitif, sesi Kelayakan berlangsung mencabar buat pelumba berusia 17 tahun itu apabila dia tersekar di kelompok pertengahan.
Dan disebabkan kesilapan strategi itu, pelumba pasukan SIC Racing-MSi itu menamatkan kempen kelayakan dengan catatan ke-13 terpantas sekali gus memulakan perlumbaan di barisan kelima.
Terpaksa memualakan perlumbaan di grid ke-13, pelumba kelahiran Terengganu itu tampil dengan perlumbaan cukup agresif tetapi sekali lagi tersekat di kelompok pertengahan.
Sekalipun beberapa kali cuba keluar dan mengetuai kelompok berkenaan, kelompok utama yang diketuai pendahulu kejuaraan, Brian Uriarte jelas terlalu laju dan sudah jauh yang menyaksikan Hakim Danish terpaksa berpuas hati di kedudukan ke-9.
Situasi sama turut berlaku pada Perlumbaan 2 yang menyaksikan empat pelumba di barisan depan diketuai Uriarte berjaya membuat pemecahan awal.
Dan di sebalik semangat juang tinggi ditampilkan Hakim Danish untuk mengejar, persaingan di kelompok kedua mengehadkan pergerakannya sebelum berjaya mengorak langkap pada beberapa pusingan terakhir.
Tetapi keputusan itu hanya membenarkan pelumba negara itu untuk melepasi garisan penamat di tempat ke-5.
Keputusan di Jerez menyaksikan Hakim Danish yang sebelum perlumbaan menghuni tangga kedua carta kedudukan pelumba jatuh ke kedudukan ke-4 dengan mengumpul 37 mata.
Uriarte yang memenangi kedua-dua perlumbaan mengisi carta teratas mengumpul 75 mata daripada tiga kemenangan.
Hakim Danish akan meneruskan persaingan dalam kempen Redbull MotoGP Rookies Cup pada minggu depan yang dijadual berlangsung di Aragon, Sepanyol.
Pusingan 3 JrGP pula akan berlangsung di Magny Cours, Perancis pada 5 dan 6 Julai depan.
