'HAKIM Danish Memang Layak'

Pengumuman pengesahan pelumba muda berbakat negara, Hakim Danish Ramli untuk beraksi secara semusim penuh dalam saingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia pada musim 2026 mendapat reaksi yang cukup positif

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/25/20251 min read

PENGESAHAN pelumba muda berbakat negara, Hakim Danish Ramli untuk beraksi secara semusim penuh dalam saingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia pada musim 2026 sudah pun dijangka.

Pengarah Urusan Mitratech Asia, Azuan Izadee Md Nordin, yang juga Pengerusi Kelab Sukan Bermotor Braaap berkata pengumuman mengujakan itu adalah bukti kemampuan yang dimiliki anak muda berusia 18 tahun itu dalam arena perlumbaan.

"Bagi saya Hakim Danish sememangnya layak. Jadi menjadi harapan saya lebih banyak sektor swasta tampil menyokong ZK Racing dan Hakim Danish kerana dari Malaysia, untuk Malaysia,” kata Izuan yang syarikatnya turut menjadi salah satu penaja bagi merealisasikan program Hakim Danish di GP Malaysia 2025.

Mengulas prestasi pelumba kelahiran Terengganu itu di Sepang setakat ini, Azuan menegaskan pencapaiannya eskipun sebelum ini hanya tampil sebagai wildcard sudah cukup untuk meletakkan penanda aras baharu buat pelumba-pelumba di Malaysia.

“Secara peribadi, saya dan pasukan sudah pun menganggap Hakim sebagai pemenang. Apa yang dilakukan sekarang ialah meletakkan tanda aras baharu untuk pelumba Malaysia akan datang, walaupun hanya bermula sebagai wildcard,” katanya.

Azuan yang juga Pengerusi Kelab Sukan Permotoran Braaap turut menekankan kejayaan program pembangunan akar umbi seperti FIM MiniGP yang dianjurkan oleh ZK Racing yang katanya terbukti menjadi antara platform asas yang kompetitif dalam mencungkil bakat baharu.

“Kita boleh lihat yang pwrogram ini sudah melahirkan pelapis yang mampu menggantikan nama besar seperti Hafizh Syahrin, Khairul Idham Pawi (KIP) dan Azlan Shah (Kamaruzaman). Hakim Danish adalah bukti nyata laluan pembangunan ini,” katanya.