HAKIM Danish Mula GP Belanda 2026 Dari Petak Ke-16
Selepas melayakkan diri ke Kelayakan 2 (Q2) secara terus, semalam, Hakim Danish yang juga pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi melakukan catatan terbaik 1:41.136s untuk meletakkannya di barisan ke-6 perlumbaan
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/27/20261 min read


PELUMBA negara, Hakim Danish Ramli akan memulakan perlumbaan Moto3 Grand Prix Belanda 2026 di Assen dari petak ke-16 , esok.
Selepas melayakkan diri ke Kelayakan 2 (Q2) secara terus, semalam, pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi itu melakukan catatan terbaik 1:41.136s untuk meletakkannya di barisan ke-6 perlumbaan.
Pelumba pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team, Maximo Quiles yang juga pendahulu kejuaraan meraih petak utama selepas melakukan 1:40.130s diikuti Joel Kelso (GRYD Racing) di petak ke-2, ketinggalan 0.025s.
Pelumba Sepanyol, Brian Uriarte (Red Bull KTM Ajo) melengkapkan barisan depan.
Pada sesi Latihan, semalam, Hakim Danish yang menjuarai perlumbaan GP Rep. Czech minggu lalu mencatatkan masa ke-13 terpantas sekali gus menyaksikannya layak terus ke Q2 tanpa melakui Q1.
Pada aksi di Brno, sebelum ini, Hakim Danish berjaya bergelar juara sekali pun memulakan perlumbaan dari petak ke-14 susulan penalti.

