HAKIM Danish 'NTS' Q1 Di COTA, Mula Petak Ke-25 Moto3 GP AS 2026
Hakim Danish yang beraksi bersama pasukan AEON Credit MT Helmets MSi berdepan detik mengecewakan selepas mengalami kemalangan pada sesi Kelayakan 1 (Q1) sekali gus menamatkan sesi dengan status NTS (No Time Set)
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/29/20261 min read


PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli berdepan detik mengecewakan selepas mengalami kemalangan pada sesi Kelayakan 1 (Q1) Moto3 Grand Prix (GP) Amerika Syarikat 2026 di COTA sekali gus menamatkan sesi dengan status NTS (No Time Set), awal pagi tadi.
Keputusan menyaksikan pelumba AEON Credit MT Helmets MSi itu akan memulakan perlumbaan, awal pagi esok di petak terakhir (p25) berdasarkan kedudukan grid yang dipaparkan oleh pihak penganjur di laman web MotoGP.
Dan catatan yang diambil adalah ketika sesi Latihan iaitu 2 minit 15.013 saat (s).
Pelumba Sepanyol, Alvaro Carpe (Red Bull KTM Ajo) raih petak utama dengan catatan terpantas 2:12.107s diikuti pelumba Ireland, Casey O'Gorman (SIC58 Squadra Corse), +0.412s dan pelumba Argentina, Valentin Perrone (Red Bull KTM Tech3) +0.419s melengkapkan barisan depan.
Pelumba negara jiran, Indonesia, Vega Eda Pratama dari Honda Team Asia akan mengetuai barisan kedua di petak ke-4.
Pelumba kelahiran Terengganu itu sebelum ini turut mengalami kemalangan di COTA ketika sesi Latihan Bebas 1 pada Jumaat.
Sebagai rekod, pelumba berusia 18 tahun itu tiba di AS dengan momentum yang baik selepas berjaya menamatkan kemarau pungutan mata di GP Brazil selepas menamaykan perlumbaan di tempat ke-10 pada minggu lalu.

