HAKIM Danish p9 GP Austria 2026

Keputusan di Red Bull Ring menyaksikan Hakim Danish melonjak satu anak tangga ke kedudukan ke-7 keseluruhan carta kedudukan Moto3 2026 dengan mengumpul 101 mata

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/20/20261 min read

TUJUH mata dikutip pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Austria 2026 di Red Bull Ring di tempat ke-9, hari ini.

Bermula di petak ke-15, pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi itu memulakan perlumbaan dengan positif apabila berjaya menghuni kelompok 10 terbaik pada satu ketika sebelum prestasinya mula merudum di pertengahan saingan.

Begitupun, pelumba kelahiran Terengganu itu berjaya bangkit pada penghujung perlumbaan yang turut menyaksikan beberapa pelumba berdepan kemalangan selain penalti dan melepasi garisan penamat dengan catatan 33 minit 45.917 saat (s).

Perlumbaan dimenangi pendahulu carta Moto3 daripada CFMOTO Gaviota Aspar Team, Maximo Quiles dengan pelumba 'tuan rumah', Brian Uriarte (Red Bull KTM Ajo) meraih tempat ke-2.

Rakan sepasukannya Alvaro Carpe melengkapkan kedudukan podium.

Keputusan di Austria menyaksikan Hakim Danish melonjak satu anak tangga ke kedudukan ke-7 keseluruhan carta kedudukan Moto3 2026 dengan mengumpul 101 mata.

Lebih menarik, tambahan 7 mata itu menyaksikannya Hakim Danish merampas kedudukan ke-2 carta 'rookie' terbaik dari pelumba Indonesia, Veda Ega Pratama (Honda Team Asia) yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.

Kempen Kejuaraan Motosikal Dunia akan beralih ke Asia selepas dengan GP Jepun menjadi destinasi berikutnya yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober.