HAKIM Danish Petak Ke-5 RBMRC Di Mugello

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli akan memulakan Perlumbaan 1 di petak ke-5 selepas selesai sesi Kelayakan Pusingan 4 Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025 di Mugello, Itali

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/21/20251 min read

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli akan memulakan Perlumbaan 1 di petak ke-5 selepas selesai sesi Kelayakan Pusingan 4 Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025 di Mugello, Itali, awal pagi tadi.

Selepas mencatatkan masa terpantas pada sesi Latihan Bebas 1 dan Ke-4 terpantas pada sesi Latihan Bebas 2, semalam, pelumba berusia 17 tahun itu melakukan 2 minit 00.161 saat (s) untuk mengisi tempat ke-5 terpantas pada sesi kelayakan.

Petak utama menjadi milik pelumba Sepanyol, Brian Uriarte diikuti Veda Pratama dan Kristian Daniel melengkapkan barisan depan.

Petak ke-4 menjadi milik pelumba Australia, Carter Thompson dan David Gonzalez melengkapkan barisan kedua.

"Sangat seronok menunggang di litar Mugello dan saya sudah bersedia untuk perlumbaan esok (hari ini). Doakan saya berjaya untuk perlumbaan nanti," kata Hakim Danish.