HAKIM Danish Raih Petak Ke-12 GP Perancis

Pelumba kelahiran Terengganu, Hakim Danish yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi beberapa jam sebelum sesi kelayakan berlangsung berdepan kemalangan pada sesi Latihan Bebas 2 (FP2) yang dilihat merencatkan momentumnya

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/8/20261 min read

HAKIM Danish Ramli terpaksa bekerja keras pada hari perlumbaan esok, selepas pelumba muda negara itu menempah barisan ke-4 di grid selepas menamatkan sesi Kelayakan 2 (Q2) kelas Moto3 Grand Prix (GP) Perancis di Litar Le Mans dengan catatan ke-12 terpantas, hari ini.

Pelumba kelahiran Terengganu yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu mencatat masa terpantas 1 minit 40.761 saat (s).

Sesi kelayakan diungguli oleh pelumba Leopard Racing dari Sepanyol, Adrian Fernandez yang berjaya melakar masa terpantas 1:40.044s.

Rakan senegaranya, Maximo Quiles yang beraksi bersama pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team akan memulakan perlumbaan di petak ke-2 (1:40.184s), manakala barisan depan dilengkapkan oleh pelumba Australia dari GRYD-Mlav Racing, Joel Kelso (1:40.204s).

Terdahulu, Hakim Danish berdepan detik cemas apabila ditimpa kemalangan ketika sesi latihan bebas kedua (FP2) sebelum kelayakan bermula dengan situasi itu sedikit merencatkan momentumnya.

Sebagai rekod, pelumba berusia 18 tahun itu sudah memiliki pengalaman beraksi di Le Mans sebelum ini.