HAKIM Danish Sambar Tiket Automatik Q2 Valencia
Hakim Danish yang juga pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets - MSi menampilkan tunggangan cukup meyakinkan apabila menamatkan sesi Latihan Bebas 1 (FP1) di kedudukan ke-5 terpantas sebelum mencatatkan masa ke-12 terpantas pada sesi Latihan
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/27/20261 min read


PELUMBA negara, Hakim Danish memulakan kempen perlumbaan penutup tirai Grand Prix (GP) Valencia 2026 dengan langkah kanan selepas mengesahkan tiket automatik ke sesi Kelayakan 2 (Q2) Moto3 di Litar Ricardo Tormo, hari ini.
Mewakili pasukan AEON Credit MT Helmets - MSi, pelumba yang memacu jentera KTM itu menampilkan tunggangan cukup meyakinkan apabila menamatkan sesi Latihan Bebas 1 (FP1) di kedudukan ke-5 terpantas sebelum mencatatkan masa ke-12 terpantas pada sesi Latihan.
Berlangsung dalam cuaca sejuk, pelumba kelahiran Terengganu itu dilihat pantas menyesuaikan diri dengan litar sepanjang 4,005 meter itu dengan catatan dilakukannya hanya kurang 1.021 saat (s) di belakang pelumba Liqui Moly Dynavolt Intact GP, David Almansa.
Almansan turut memecahkan rekod sepusingan terpantas Moto3 di litar Valencia dengan 1:36.402s.
Dan catatan ke-12 terpantas itu sudah memadai buat Hakim Danish untuk melepasi syarat kelompok 14 pelumba terbaik bagi melangkah terus ke sesi Q2 tanpa perlu mengharungi pusingan Q1 pada Sabtu.
Lebih mencuri tumpuan, Hakim Danish turut mencatatkan masa lebih laju berbanding rakan sepasukannya dari Jepun yang lebih berpengalaman, Ryusei Yamanaka yang melakukan catata ke-13 terpantas dengan perbezaan tipis 0.017s.
Sementara itu, seorang lagi wakil Asia Tenggara, Veda Ega Pratama terpaksa mengharungi Q1 selepas melakukan catatan ke-15 terpantas.

