HAKIM Danish 'Terbang' Ke Sepanyol Jalani Ujian JrGP, RBMRC

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/23/20251 min read

PELUMBA negara, Hakim Danish Ramli berangkat lebih awal ke Sepanyol bagi mempersiapkan diri menjelang dua ujian rasmi Kejuaraan Dunia JuniorGP (JrGP) dan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025.

Perkembangan itu menyaksikan pelumba berusia 17 tahun itu sekali lagi menyambut Aidilfitri di perantauan di bumi Eropah.

Antara sebab pelumba kelahiran Terengganu itu 'terbang' ke Sepanyol lebih awal adalah untuk menjalani persiapan di Tarragona, Sepanyol selama seminggu sebelum ujian rasmi berlangsung.

Untuk ujian rasmi JuniorGP, ia dijadual berlangsung di Almeria pada 2 hingga 3 April manakala RBMRC akan berjalan di Aragon pada 4 dan 5 April.

Hakim Danish menerusi temuramah oleh ZK Racing jelas teruja sekalipun berangkat ke Sepanyol sekali pun mendedahkan perjalanannya kali ini tanpa krew dari Malaysia.

"Saya pernah menang di Aragon sebelum ini jadi saya berharap semuanya berjalan dengan lancar," kata Hakim Danish.

"Pada musim ini, saya tidak akan ditemani mekanik atau krew ZK Racing dari Malaysia tetapi akan dibantu krew baharu dari Sepanyol iaitu Mark. Saya juga masih belum menemuinya jadi saya berharap semuanya berjalan lancar."

Sebagai rekod, Hakim Danish mencipta kejutan apabila menjuarai Perlumbaan 2 di litar Aragon dalam kempen RBMRC pada musim lalu.