HAKIM Danish Terlepas Tiket Terus Ke-Q2 GP Hungary
Catatan terbaik dilakukan Hakim Danish yang beraksi bersama pasukan AEON Credit MT Helmets MSi, 1 minit (m) 47.35 saat (s) di Litar Balaton Park menyaksikannya ketinggalan 1.055s daripada pelumba yang melakukan catatan terpantas, Maximo Quiles (CFMOTO Gaviota Aspar Team)
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/5/20261 min read


PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli terpaksa mengharungi Kelayakan 1 (Q1) Grand Prix (GP) Hungary selepas sekadar melakukan catatan ke-17 terpantas dalam sesi Latihan, hari ini.
Catatan terbaik dilakukan pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi itu, 1 minit (m) 47.35 saat (s) di Litar Balaton Park menyaksikannya ketinggalan 1.055s daripada pelumba yang melakukan catatan terpantas, Maximo Quiles (CFMOTO Gaviota Aspar Team).
Menariknya, catatan ke-2 terpantas dilakukan seorang lagi wakil daripada Asia Tenggara, Veda Ega Pratama (Honda Team Asia).
Pelumba pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP, David Almansa melakukan catatan ke-3 terpantas yang dilakukan pada penghujung sesi.
Terdahulu pada sesi Latihan Bebas 1, pelumba kelahiran Terengganu itu melakukan catatan ke-15 terpantas selepas melakukan 1m 47.980s.
Catatan terpantas FP1 menjadi milik pelumba Sepanyol, David Almansa yang merekodkan masa 1:46.956s.
Alvaro Carpe dan David Munoz yang melengkapkan kelompok tiga terbaik sesi berkenaan.
Seperti diketahui, Hakim Danish pada minggu lalu mencipta sejarah apabila meraih podium pertamanya di pentas Moto3 di GP Itali.

