HAKIM Danish Tersisih Aksi JrGP 'Finale' Di Estoril

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/21/20241 min read

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli dikhabarkan mengalami kemalangan yang mengakibatkan kecederaan di bahagian jari kiri dan sah tidak beraksi di kejuaraan penutup tirai Kejuaraan FIM JuniorGP (JrGP) 2024, minggu depan.

Kekosongan ditinggalkan pelumba kelahiran Terengganu itu akan diisi seorang lagi pelumba negara, Farish Hafiy.

Farish yang baru saja menamatkan kempen di FIM MiniGP Dunia Final minggu lalu tidak pulang ke Malaysia dan menjalani latihan bersama Rider Formation di Barcelona, Sepanyol.

Dan ini adalah penampilan sulung pelumba kelahiran Kuala Lumpur itu di kejuaraan berkenaan.

Selain Farish, turut beraksi adalah seorang lagi pelumba negara, Danial Syahmi Shahril bersama pasukan Junior Talent Team.

Perlumbaan dijadual berlangsung di Litar Estoril, Portugal bermula Isnin, Selasa dan Rabu dengan dua perlumbaan dilangsungkan.