HARAP Perlumbaan Moto2 Berlangsung Di Litar Basah - Azroy
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
11/10/20234 min read
BERAKSI buat tahun kedua berturut-turut sebagai pelumba 'Wildcard' Moto2 di Grand Prix (GP) Malaysia, Azroy Hakeem Anuar berharap penampilannya kali di Petronas SIC memberikan keputusan lebih baik.
Tampak seperti diumum agak lewat sebagai pelumba 'Wildcard' negara, Azroy pada minggu lalu baru saja menyelesaikan aksi Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Di Zhuhai, China.
Berjaya memenangi Perlumbaan 1, masalah jentera menyaksikan Azroy tak berjaya menamatkan aksi Perlumbaan 2.
Ketika ditemui, Azroy menjelaskan sasaran pada penampilan keduanya dalam aksi 'Wildcard' Moto2 memfokuskan untuk meraih keputusan lebih baik berbanding tahun lalu.
Dan lebih menarik, seperti pelumba dari Malaysia, pelumba yang beraksi bersama pasukan Petronas MIE Racing RW itu turut mengharapkan perlumbaan nanti berlangung dalam keadaan litar basah seperti yang diramalkan.
"Saya harap boleh meraih sesuatu yang lebih baik berbanding tahun lalu terutama dari segi catatan masa sepusingan," kata Azroy."
Kalau dari segi perlumbaan, saya mengharapkan ia berlangsung dalam keadaan cuaca hujan supaya boleh bersaing dengan pelumba di hadapan."
Pada sesi Latihan Bebas 1, Azroy Anuar sekadar menghuni tangga ke-31 terpantas selepas melakukan catatan 2 minit 11.022 saat. Pada sesi Latihan Bebas 2, dia berjaya memperbaiki catatan masa 2m 10.084s namun kekal di tangga ke-31 terpantas.
Selain Azroy, turut beraksi sebagai pelumba 'Wildcard' Moto2 adalah Helmi Azman yang membuat penampilan sulungnya di Kejuaraan Motosikal Dunia di Sepang kali ini.
Sementara itu, pelumba yang dikaitkan dengan perpindahan ke Repsol Honda, Fermin Addeguer mencatat masa terpantas sesi pagi 2m 6.183s dengan pelumba Jepun, Ai Ogura melakukan catatan terpantas sesi Latihan Bebas 2 (2m 6.093s).
Keputusan Sesi Latihan Bebas 1 Moto2 GP Malaysia 2023
1. Fermin Aldeguer (SPA) Beta Tools SpeedUp (Boscoscuro) 2m 6.183s
2. Jake Dixon (GBR) Inde GASGAS Aspar Team (Kalex) 2m 6.243s
3. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM Ajo (Kalex) 2m 6.638s
4. Ai Ogura (JPN) IDEMITSU Honda Team Asia (Kalex) 2m 6.649s
5. Dennis Foggia (ITA) Italtrans Racing Team (Kalex) 2m 6.748s
6. Joe Roberts (USA) Italtrans Racing Team (Kalex) 2m 6.760s
7. Marcos Ramirez (SPA) OnlyFans American Racing (Kalex) 2m 7.050s
8. Somkiat Chantra (THA) IDEMITSU Honda Team Asia (Kalex) 2m 7.147s
9. Manuel Gonzalez (SPA) Correos Prepago Yamaha VR46 (Kalex) 2m 7.238s
10. Aron Canet (SPA) Pons Wegow Los40 (Kalex) 2m 7.393s
11. Celestino Vietti (ITA) Fantic Racing (Kalex) 2m 7.413s
12. Sam Lowes (GBR) Elf Marc VDS Racing Team (Kalex) 2m 7.432s
13. Tony Arbolino (ITA) Elf Marc VDS Racing Team (Kalex) 2m 7.449s
14. Alonso Lopez (SPA) Beta Tools SpeedUp (Boscoscuro) 2m 7.485s
15. Filip Salac (CZE) QJMOTOR Gresini Moto2 (Kalex) 2m 7.574s
16. Jeremy Alcoba (SPA) QJMOTOR Gresini Moto2 (Kalex) 2m 7.732s
17. Izan Guevara (SPA) Inde GASGAS Aspar Team (Kalex) 2m 7.740s
18. Barry Baltus (BEL) Fieten Olie Racing GP (Kalex) 2m 7.818s
19. Albert Arenas (SPA) Red Bull KTM Ajo (Kalex) 2m 7.911s
20. Bo Bendsneyder (NED) Pertamina Mandalika SAG Team (Kalex) 2m 8.127s
21. Sergio Garcia (SPA) Pons Wegow Los40 (Kalex) 2m 8.159s
22. Zonta Vd Goorbergh (NED) Fieten Olie Racing GP (Kalex) 2m 8.450s
23. Rory Skinner (GBR) OnlyFans American Racing (Kalex) 2m 8.498s
24. Sean Dylan Kelly (USA) Forward Team (Forward) 2m 8.994s
25. Lukas Tulovic (GER) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Kalex) 2m 8.995s
26. Taiga Hada (JPN) Pertamina Mandalika SAG Team (Kalex) 2m 9.197s
27. Kohta Nozane (JPN) Correos Prepago Yamaha VR46 (Kalex) 2m 9.264s
28. Darryn Binder (RSA) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Kalex) 2m 9.296s
29. Alex Escrig (SPA) Forward Team (Forward) 2m 9.335s
30. Mattia Casadei (ITA) Fantic Racing (Kalex) 2m 9.588s
31. Azroy Anuar (MAL) Petronas MIE Racing RW (Kalex) 2m 11.022s
32. Helmi Azman (MAL) Petronas MIE Racing RW (Kalex) 2m 12.225s
Keputusan Sesi Latihan Bebas 2 Moto2 GP Malaysia 2023
1. Ai Ogura (JPN) IDEMITSU Honda Team Asia (Kalex) 2m 6.093s
2. Aron Canet (SPA) Pons Wegow Los40 (Kalex) 2m 6.193s
3. Jake Dixon (GBR) Inde GASGAS Aspar Team (Kalex) 2m 6.246s
4. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM Ajo (Kalex) 2m 6.289s
5. Fermín Aldeguer (SPA) Beta Tools SpeedUp (Boscoscuro) 2m 6.308s
6. Marcos Ramirez (SPA) OnlyFans American Racing (Kalex) 2m 6.599s
7. Sergio Garcia (SPA) Pons Wegow Los40 (Kalex) 2m 6.697s
8. Albert Arenas (SPA) Red Bull KTM Ajo (Kalex) 2m 6.785s
9. Jeremy Alcoba (SPA) QJMOTOR Gresini Moto2 (Kalex) 2m 6.804s
10. Alonso Lopez (SPA) Beta Tools SpeedUp (Boscoscuro) 2m 6.822s
11. Joe Roberts (USA) Italtrans Racing Team (Kalex) 2m 6.911s
12. Celestino Vietti (ITA) Fantic Racing (Kalex) 2m 6.949s
13. Izan Guevara (SPA) Inde GASGAS Aspar Team (Kalex) 2m 6.982s
14. Sam Lowes (GBR) Elf Marc VDS Racing Team (Kalex) 2m 7.066s
15. Filip Salac (CZE) QJMOTOR Gresini Moto2 (Kalex) 2m 7.149s
16. Manuel Gonzalez (SPA) Correos Prepago Yamaha VR46 (Kalex) 2m 7.163s
17. Dennis Foggia (ITA) Italtrans Racing Team (Kalex) 2m 7.194s
18. Tony Arbolino (ITA) Elf Marc VDS Racing Team (Kalex) 2m 7.296s
19. Somkiat Chantra (THA) IDEMITSU Honda Team Asia (Kalex) 2m 7.334s
20. Alex Escrig (SPA) Forward Team (Forward) 2m 7.389s
21. Darryn Binder (RSA) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Kalex) 2m 7.590s
22. Bo Bendsneyder (NED) Pertamina Mandalika SAG Team (Kalex) 2m 7.649s
23. Rory Skinner (GBR) OnlyFans American Racing (Kalex) 2m 7.702s
24. Lukas Tulovic (GER) Liqui Moly Husqvarna Intact GP (Kalex) 2m 7.727s
25. Taiga Hada (JPN) Pertamina Mandalika SAG Team (Kalex) 2m 7.814s
26. Barry Baltus (BEL) Fieten Olie Racing GP (Kalex) 2m 7.909s
27. Kohta Nozane (JPN) Correos Prepago Yamaha VR46 (Kalex) 2m 8.258s
28. Zonta Vd Goorbergh (NED) Fieten Olie Racing GP (Kalex) 2m 8.483s
29. Sean Dylan Kelly (USA) Forward Team (Forward) 2m 8.795s
30. Mattia Casadei (ITA) Fantic Racing (Kalex) 2m 9.080s
31. Azroy Anuar (MAL) Petronas MIE Racing RW (Kalex) 2m 10.084s
32. Helmi Azman (MAL) Petronas MIE Racing RW (Kalex) 2m 10.807s