HARAPNYA Ada Peluang Lagi Selepas Ini - Fabio Quartararo
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/30/20251 min read


PELUMBA Monster Yamaha, Fabio Quartararo mengakui dia memperoleh antara pelumbaan terbaiknya dalam tempoh tiga tahun di di Grand Prix British 2025, minggu lalu sebelum ia dikecewakan dengan masalah jentera.
Selepas memperoleh petak utama ketiga berturut-turut, pelumba kelahiran Perancis itu tampil dengan persembahan cukup meyakinkan pada perlumbaan yang terpaksa dimulakan semula di Silverstone susulan tumpahan minyak di litar.
Tetapi ketika sedang mendahului perlumbaan dengan jurang masa agak selesa, masalah mekanikal yang menimpa jenteranya memaksa Quartararo menamatkan perlumbaan lebih awal.
"Ya, setakat ini," kata juara dunia MotoGP 2021 itu ketika ditanya adalah GP British 2025 sebagai perlumbaan terbaiknya sejak dia mengalami penurunan prestasi pada pertengahan musim 2023.
"Terutamanya kerana saya menunggang dengan amat lancar. Saya merasa yang kami berlumba dengan amat laju.
"Harapnya akan ada lagi peluang selepas ini. Kami membuat langkahan. Tidak cukup, tetapi kami menjadi semakin kuat dan kuat.
"Saya mengharungi perlumbaan yang hebat. Terhebat, tetapi saya tidak katakan sepanjang karier saya tetapi dalam tempoh tiga tahun terakhir.
"Ia hebat. Sudah tentu kami amat kecewa tetapi saya fikir kami perlu terus berbangga."
Quartararo turut mengulas mengenai perlumbaan berkenaan.
"Ia adalah perlumbaan kami. Segala-galanya bagus. Saya tahu di mana saya perlu melebihkan tekanan, dan di mana untuk menekan brek dengan angin. Segala-galanya dalam kawalan sehingga pusingan berkenaan. Saya fikir kami boleh gembira dengan apa yang kami lakukan."
