HARGA RM 25,888 Untuk QJMotor SRK450 RR, Ini Sebabnya MForce Bike Buat Kejutan!
QJMotor SRK450 RR dipadankan dengan enjin 421 cc 4 Silinder yang menawarkan 77.6 Hp @ 14,000 rpm dan tork 39 Nm @ 13,000 rpm, rekaan aerodinamik moden, winglet dan sistem brek Brembo
PELANCARAN
12/9/20251 min read


QJMOTOR Malaysia, baru-baru ini menggegarkan pasaran 'Sportbike' tempatan dengan melancarkan dua model sensasi QJMotor SRK250 RD dan QJMotor SRK450 RR (2025) dengan kedua-duanya diumumkan dengan harga mengejutkan, masing-masing RM 21,888 dan RM25,888 (asas).
Meskipun memiliki sesaran enjin yang agak besar, perbezaan harga hanya sekitar RM 4,000.
Dan menariknya, pengedar eksklusif, MForce Bike Holdings menjelaskan strategi ini bukan kebetulan tetapi langkah berani untuk memberi lebih banyak pilihan kepada penunggang Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) MForce Bike, Asri Ahmad, pelancaran kedua-duanya secara serentak adalah untuk memberikan lebih pilihan kepada penunggang di Malaysia.
"Segmen sportbike 250 cc memang padat dengan tawaran pelbagai jenama, termasuk dari Jepun. Dengan SRK250 RD dan SRK450 RR, kami sediakan alternatif yang sesuai mengikut tahap lesen dan aspirasi penunggang.”
Dan ini adalah alasannya:
QJMotor SRK250 RD
Sportibike 250 cc 4 Silinder Sebaris adalah sesuatu yang jarang ditawarkan selain model Jepun.
Sasaran pembeli: Penunggang yang mahu naik taraf daripada 250cc 1 atau 2 silinder, tetapi belum memiliki lesen B penuh.
QJMotor SRK450 RR
Menawarkan kuasa hampir dua kali ganda berbanding SRK250 RD.
Dikekalkan pada harga mampu milik untuk menarik penunggang berlesen penuh.
Sasaran pembeli: Penunggang berlesen B penuh yang mahu naik taraf daripada 250 cc 4 silinder sebaris.
Dengan jurang harga yang kecil, QJMotor jelas mahu menonjolkan nilai berbaloi dalam setiap model.
Dalam bahasa mudah, QJMotor SRK250 RD menjadi pintu masuk kepada teknologi 4 silinder, manakala SRK450 RR pula menawarkan prestasi lebih tinggi tanpa melambung harga.
Dan langkah MForce Bike ini dijangka memberi cabaran besar kepada pesaing Jepun, sekaligus membuka ruang kepada lebih ramai penunggang Malaysia untuk menikmati sportbike berkuasa dengan kos lebih mesra poket.













