HARLEY-Davidson Johor Bahru Dirasmikan, Jadi Hab 'Geng HD' Wilayah Selatan

PELANCARAN

7/10/20232 min read

SELEPAS penantian panjang, Harley-Davidson Johor Bahru akhirnya dirasmikan, hari ini yang sekaligus menjadi hab kepada pemilik dan penggemar jenama ikonik Amerika Syarikat itu di selatan tanah air, termasuk negara jiran Singapura.

Seperti diketahui, jenama Harley-Davidson di Malaysia dikendalikan oleh syarikat Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd menerusi pengedar dan pengimport tunggalnya, Didi Resources Sdn Bhd (DRSB).

Selain pusat pameran, Harley-Davidson JB juga bertindak sebagai pusat 4S kerana ia turut menempatkan pusat jualan selain menyediakan perkhidmatan selepas jualan.

Ketika pelancarannya, Pengerusi Goh Brothers Motorcycles Sdn Bh, Goh Kian Sin berkata pihaknya terpaksa menanti sejak tahun 2021 sebelum Harley-Davidson JB dirasmikan susulan pelbagai masalah terutama Covid-19.

"Pembukaan Harley-Davidson JB membuktikan komitmen kami terhadap jenama Harley-Davidson di pasaran Malaysia," kata Goh. "Kami berbangga atas peluang yang diberikan oleh Harley-Davidson kepada kami dan menjadi pusat pengedar kelima Harley-Davidson di Malaysia.

"Kekuatan kami adalah bersandarkan kepada pengalaman luas dalam industri jualan automotif bagi beberapa jenama premiym dan mengendalikan pusat 4S di seluruh negara.

"Kami yakin yang kami mampu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami dengan menyediakan perkhidmatan susulan dan sokongan terbaik," katanya.

Turut hadir ketika pelancaran Harley-Davidson JB adalah Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Markets & India, Sajeev Rajasekharan.

Harley-Davidson JB yang terletak di Jalan Ibrahim Sultan memiliki keluasan 6,500 kaki persegi. Pusat pamerannya menempatkan segala motosikal terbaharu Harley-Davidson termasuk edisi istimewa 120" Anniversary.

Selain itu, ia turut mempunyai pusat servis dengan empat 'service bay' selain pusat ketukan badan dan cat. Ia dikendalikan oleh juruteknik bertauliah dan dilatih di Harley-Davidson University.

Untuk mendapatkan informasi lanjut, Harley-Davidson JB boleh dihubungi di talian 07-2200266 atau layari laman web www.harleyjb.com.

Lokasi Harley-Davidson JB

No. 69, Jalan Ibrahim Sultan,

Taman Stulang Laut,

80300 Johor Bahru