HELMI Azman Lakar Kemenangan Berganda Di Sepang, Azroy Jatuh Pusingan Terakhir
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/18/20243 min read
PELUMBA negara, Md Helmi Azman sekali lagi menampilkan penguasaan penuh dengan memenangi kedua-dua perlumbaan MSBK600 yang ditawarkan di Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2024 di Litar Antarabangsa Sepang Petronas.
Kemenangan Helmi daripada pasukan Boon Siew Honda Racing turut menyaksikan Lagu Negaraku dimainkan pada kedua-dua hari perlumbaan selepas dua lagi kategori utama lain, MSBK1000 dan MSBK250 tidak berjaya dimenangi pelumba negara.
Selepas memenangi Perlumbaan 1 dengan jurang besar pada Sabtu, Helmi sekali lagi melakukannya pada Perlumbaan dua dengan dua lagi posisi podium turut diisi pelumba negara.
Menamatkan perlumbaan di belakang Helmi adalah Syarifuddin Azman manakala Danial Syahmi Shahril dari pasukan FGRT Project melengkapkan kedudukan podium.
"Hari ini jelas berbeza berbanding keadaan semalam," kata Helmi. "Semalam lebih mencabar, tetapi cuaca panas yang ekstrem hari ini menjadikannya lebih sukar, dengan suhu di trek mencecah 60 darjah selsius.
"Saya fokus kepada kelajuan saya dengan berhati-hati, kerana sasaran saya bukan saja untuk menang, tetapi untuk membuat pelarasan untuk ARRC. Saya berharap dapat mencapai prestasi yang lebih baik di ARRC dengan apa yang saya dapat pada hari ini."
Sementara itu, kemenangan yang tampak tersedia untuk pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar dalam kelas MSBK1000 seperti direntap apabila pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing terjatuh pada pusingan terakhir ketika sedang selesa mendahului.
Situasi itu memberikan pelumba Thailand, Nakarin Atiratphuvaphat dari pasukan Honda Racing Thailand kemenangan berganda di Sepang dengan dua pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Horizon Racing Team) dan Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha Tekhne Racing Asia) melengkapkan kedudukan podium.
Dalam kelas MSBK250, pelumba Indonesia, Irfan Ardiansyah dari pasukan Honda NWN SCK Racing merangkul kemenangan pada Perlumbaan 2.
Tiada pelumba negara berdiri di podium kategori berkenaan dengan tempat kedua dimenangi pelumba Thailand, Kitsada Tanachot (Honda Racing Thailand) dan seorang lagi pelumba Indonesia, Gerry Salim yang juga rakan sepasukan Irfan melengkapkan kedudukan podium.
Berikut adalah keputusan (5 terbaik) Perlumbaan 2 setiap kategori ditawarkan di Pusingan 2 MSBK 2024
MSBK1000
Nakarin Atiratphuvaphat - HONDA RACING THAILAND (21'23:707s)
Azlan Shah Kamaruzaman - HORIZON RACING TEAM (21'28:185s)
Kasma Daniel Kasmayudin - YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA (21'30:780s)
Lechlan Epis - SAVITAR ESG ASIA (21'37:796s)
Soichiro Minamimoto - YAMAHA TEKHNE RACING TEAM ASIA (21'38:022s)
MSBK1000 B
Abhijith Satya Prasad - India (22'39:477s)
Lee Po Yu - DREAM TEAM (22'55:776s) (WEEKEND CHAMPION)
Heng Si Kiat - Singapore (23'01:677s)
Raja Nazeem Iskandar - SEVEN Motorsports (23'03:050s)
Mohd Fahmi Abdul Wahaf - FGRT Project (23'10:855s)
MSBK600
Md Helmi Azman - BOON SIEW HONDA RACING TEAM (22'00:597s)
Md Syarifuddin Azman - BOON SIEW HONDA RACING TEAM (22'06:386s)
Mohd Danial Syahmi - FGRT PROJECT (22'11:931s)
Chiang Chih Ying - Chinese Taipei (22'58:842s)
Thanat Laoongplio - HONDA RACING THAILAND (9'43:676s)
MSBK250
Irfan Ardiansyah - Honda NWN SCK Racing Team (19'55:719s)
Kitsada Tanachot - HONDA RACING THAILAND (19'55:931s)
Gerry Salim - Honda NWN SCK Racing Team (19'55:960s)
Muhd Shahrol Syazras Shahrol Yuzy - Honda Estremo Yuzy Racing (19'55:996s)
Muhd Jazil Juraimi - Singapore (19'55:997s)
MSBK250 B
Md Naqib Rifqi Zulhelmi - Malaysia (20'36:620s) (WEEKEND CHAMPION)
Rakha Bima Saktiansyah - Honda NWN SCK Racing Team (20'46:234s)
Kim Min Jae - HONDA ESTREMO YUZY RACING (20'46:806s)
Zakwan Anas Azizul Khairi - Malaysia (21'03:866s)
Muhd Darwish Amsyar Muhd Ridzwan - Malaysia (21'04:090s)
YAMAHA R15M Race Elites
Abdullah Qayyum Abd Razak - WELLY RACING TEAM
Arash Tsunami Kamarudin - BLH GLASSTEEL 46 RACING (20'19:252s)
Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffende - TKC SOUTHERN (20'19:300s)
Muhd Izam Ikmal Izamli - CHAI KEN MOTORSPORT (20'19:360s)
Muhd Syafiq Asyraf Mohd Zam Zam - ADVANCE VERTEX MOTOR (20'19:515s)
Berjaya Sompo YAMAHA Y16ZR Race MasterClass
Muhd Adib Arsyad Mohd Hisam - SGH CREDIT (17'44:575s)
Muhd Asyraf Daniel Mohd Zaki - XYH RACING PROJECT (17'44:577s)
Raiyan Khardanee Mohd Sanusi - MH RACING (17'44:578s)
Ahmad Jebat Zulkarnain - SCM FACTORY RACING TEAM (17'44:936s)
Haidar Nur Akmal Mohd Zaki - PS RACING TEAM (17'44:981s)