HELMI Azman Tempat Ke-23 GP Malaysia, Vietti Juara

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/2/20241 min read

PELUMBA 'wilcard' Moto2 negara, Helmi Azman mengulangi pencapaiannya tahun lalu di Sepang apabila meraih tempat ke-23 pada perlumbaan hari ini.

Helmi yang berlumba bersama pasukan PETRONAS MIE Racing RW terpaksa berlumba berseorangan selepas rakan sepasukannya, Khairul Idham Pawi mengalami kecederaan teruk susulan kemalangan ketika sesi kelayakan, semalam.

Memulakan perlumbaan di petak ke-29, Helmi yang turut terbabit dengan kemalangan itu tampak sedikit bergelut.

Sekalipun berjaya mengisi posisi 20 terbaik pada satu ketika, prestasi itu tidak dapat diteruskan pada penghujung perlumbaan.

Keputusan turut menyaksikan pelumba kelahiran Kajang, Selangor itu tak berjaya menepati sasaran awal yang diletakkan sebelum ini untuk berada di posisi pungutan mata.

Seperti tahun lalu, perlumbaan berlangsung dalam keadaan litar kering.

Perlumbaan dimenangi oleh pelumba Itali, Celestino Vietti (Red Bull KTM Ajo) (Kalex) dengan pelumba Sepanyol, Jorge Navarro (OnlyFans American Racing) kedua.

Pelumba CFMoto RCB Aspar, Izan Guevara melengkapkan kedudukan podium.

Sebagai info, perlumbaan Moto2 menggunakan tayar daripada syarikat pengeluar tayar terkemuka Itali, Pirelli.