HLYM Kemas Kini Pilihan Warna Yamaha Ego Avantiz (2024), Asas RM 6k!

TERKINI

5/29/20241 min read

YAMAHA Motor Malaysia mengemaskini penawaran warna dan corak grafik model skuter ciliknya, Yamaha Ego Avantiz (2024) di pasaran tempatan.

Tiga pilihan warna baharu diperkenalkan iaitu Sky Blue, Dark Blue dan Purple.

Dan harga yang diumumkan oleh Hong Leong Yamaha Motor untuk skuter cilik itu adalah RM 5,998 (asas) tanpa yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Apa yang menarik, harga yang diumumkan adalah sama seperti versi terdahulu.

Mengulas ringkas spesifikasi Yamaha EGO Avantiz (2024), ia dipacu enjin bersesaran 125 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC bersama transmisi automatik.

Kuasa yang dihasilkan adalah 9.4 Hp pada 8,000 rpm dan tork 9.6 Nm pada 5,500 rpm.

Informasi lain untuk Yamaha EGO Avantiz (2024) adalah seperti kapasiti tangki bahan api 4.2 liter, berat 96 kg dan ruang simpanan bawah pelana 14 liter.

Sistem brek dijana brek cakera tunggal (depan) dan dram (belakang) dengan set roda 70/90-14 (depan) dan 90/80-14 (belakang).