HLYM Perkenal Yamaha 135LC (2026), 4 Warna Baharu, Ada Edisi 20 Tahun, Dari RM 8,298!
Sejak diperkenalkan pada tahun 2006, Yamaha 135LC sudah melalui pelbagai evolusi dan penambahbaikan bagi memenuhi keperluan dan selera penunggang tempatan yang sentiasa berubah
TERKINI
6/12/20261 min read


SEMPENA ulang tahun ke-20 kehadiran Yamaha 135LC di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemaskini penawaran untuk kapcai berstatus 'lejen' itu menerusi 4 pilihan warna dan corak liveri baharu termasuk edisi terhad ulang tahun 20 tahun.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2006, Yamaha 135LC sudah melalui pelbagai evolusi dan penambahbaikan bagi memenuhi keperluan dan selera penunggang tempatan yang sentiasa berubah.
Tampil dengan sistem campuran bahan api menggunakan karburator karburetor ketika pelancarannya, Yamaha 135LC kemudiannya menerima teknologi suntikan bahan api (Fi) pada 2022 selain pelbagai lagi peningkatan dari segi rekaan dan ciri-ciri moden.
Berbalik kepada Yamaha 135LC (2026), 4 pilihan warna yang ditawarkan adalah:
Celeste 20th Anniversary, Limited Edition
Harga: RM 8,798
(Sebagai model Edisi Terhad, ia hadir dengan Bakul Ulang Tahun Ke- 20 eksklusif yang menampilkan nombor siri khas. Terhad kepada hanya 5,000 unit di seluruh negara)
Matador Red
Tank White
Samba Green
Harga: RM 8,298
Seperti biasa, harga yang diumumkan tidak termasuk insurans, yuran pendaftaran, cukai jalan atau harga kedai.
Ringkas spesifikasi, Yamaha 135LC (2026) kekal dengan padanan enjin suntikan bahan api mematuhi piawaian Euro4, transmisi klac automatik, brek cakera depan dan belakang serta enjin 135 cc, Penyejuk Cecair, Fi.
Kuasa 9.3 kW pada 8,000 rpm dan tork 12.2 Nm pada 6,000 rpm.
Seperti biasa, setiap pembelian Yamaha 135LC turut akan memperoleh kunci cakera eksklusif Yamaha percuma bernilai RM 100.









