HLYM Rai 200 Pemilik Pertama Yamaha XMax 300 Tech Max!
Acara penyerahan Yamaha XMax 300 Tech Max yang berlangsung serentak di seluruh negara itu dianjurkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) itu melakar satu lagi detik bersejarah buat jenama automotif Jepun itu di Malaysia
TERKINI
9/22/20261 min read


YAMAHA Motor Malaysia, sebagai cara untuk meraikan 200 pembeli terawal skuter maxi terbaharunya, Yamaha XMax 300 Tech Max menganjurkan program penyerahan khas yang membabitkan rangkaian pengedar Yamaha Big Bikes, baru-baru ini.
Acara penyerahan yang berlangsung serentak di seluruh negara itu dianjurkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) itu melakar satu lagi detik bersejarah buat jenama automotif Jepun itu di Malaysia.
Tampil sebagai penawaran paling premium dalam keluarga XMax, Yamaha XMax 300 Tech Max dikatakan menjanjikan pengalaman tunggangan yang lebih sofistikated dengan menggabungkan lonjakan prestasi, gaya mewah, keselesaan serta kepraktisan maksimum untuk kegunaan harian.
Dari sudut spesifikasi mekanikal, Yamaha XMax 300 Tech Max dikuasakan oleh enjin bersesaran 292 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT.
Kuasa yang dihamburkan sebesar 27.6 Hp pada 7,250 rpm tork 28.9 Nm pada 5,750 rpm.
Pakej bantuan elektronik merangkumi Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran serta Amaran Berhenti Kecemasan (ESS).
Selain mementingkan prestasi, Yamaha XMax 300 Tech Max menurut Yamaha turut direka dengan fokus yang tinggi terhadap ciri ergonomik, menjadikannya pilihan ideal untuk tunggangan ulang-alik di kawasan bandar mahupun penjelajahan.
Aspek keselesaan dipertingkatkan menerusi penggunaan tempat duduk bergaya kulit premium, selain ruang papan kaki yang luas dan dilengkapi plat aluminium.
Kesemua elemen ini menawarkan tahap fleksibiliti yang lebih baik buat penunggang untuk mengubah posisi badan, menawarkan tunggangan yang lebih santai, serta mengurangkan keletihan terutamanya ketika menempuh perjalanan jauh.





