HONDA ADV 160 (2025) Dapat Warna Baharu, Harga Mula Kekal RM 13,249!

TERKINI

5/2/20251 min read

BOON Siew Honda (BSH) mengemas kini penawaran skuter popularnya, Honda ADV 160 bagi versi 2025 menerusi pilihan dua warna baharu untuk kedua-dua varian Standard dan Edisi Istimewa.

Untuk varian Edisi Istimewa, pilihan warna baharu yang ditawarkan adalah Gray bersama harga jualan asas RM 13,549. Turut dikekalkan adalah pilihan warna sedia ada iaitu Matte Green.

Varian Standard pula datang dengan dua pilihan warna baharu iaitu Matte Black dan Red manakala pilihan warna White turut dikekalkan. Harga jualan yang diumumkan BSH adalah RM 13,249 (asas).

Seperti biasa, perubahan yang dibuat hanya membabitkan pilihan warna yang dikatakan lebih menarik dan segar.

Justeru, tiada kemas kini yang berlaku dari sudut rekaan mahupun spesifikasi mekanikal.

Mengulas spesifikasi trenkuasa, Honda ADV 160 (2025) kekal dengan padanan enjin bersesaran 156.9 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api PGM-Fi bersama transmisi Automatik CVT.

Kuasa yang dihamburkan berada pada angka 15.8 Hp @ 8,500 rpm dan tork 14.7 Nm @ 6,500 rpm.

Sistem brek menggunakan cakera depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal.

Suspensi pula dijana fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar lengkap dengan 'Subtank' (belakang).

Info lain adalah seperti berikut:

  • Panel meter digital LCD

  • Sistem Kunci Pintar

  • Sistem 'Idling Stop' (ISS)

  • Set roda 110/80-14 (depan), 130/70-13 (belakang)

  • Kapasiti tangki bahan api 8.1 liter

  • Ruang simpanan bawah pelana 30 liter

  • Berat 133 kg

Kepada yang berminat, Honda ADV 160 (2025) akan mula berada di seluruh cawangan pengedar sah Honda dan Honda Impian X seluruh negara bermula 8 Mei 2025.