HONDA ADV 350 (2024) Dapat Warna Baharu Di Thailand, RM 24.5k, M'sia Belum Nampak Bayang!
TERKINI
12/13/20231 min read


KETIKA pasaran Malaysia masih menanti kehadiran Honda ADV 350, Honda Motor Thailand, baru-baru ini mengemaskini penawaran skuter bergaya 'Adventure' itu bagi versi (2024).
Tetapi seperti biasa, kemaskini skuter yang membuat ketibaannya pada tahun lalu itu hanya membabitkan kosmetik iaitu membabitkan pilihan warna yang dikatakan lebih menarik.
Secara keseluruhan, tiga pilihan warna baharu diperkenalkan iaitu:
Misty Grey
Nightfall Black
Red Twilight
Harga yang diumumkan untuk skuter berkenaan adalah 186,400 THB (RM 24,518). Begitupun, perubahan warna itu hanya dibuat kepada Honda ADV 350 varian Standard dan bukannya 'RoadSync Type'.
Spesifikasi ringkas Honda ADV 350 (2024) adalah seperti berikut:
Enjin 330 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.
Enjin patuh piawaian emisi Euro 5 itu menghamburkan kuasa 28.83 Hp pada 7,500 rpm dan tork 31.5 Nm pada 5,250 rpm.
Kapasiti bahan api 11.7 liter (Jarak tempih sejauh 340 km pengisian penuh petrol)
Ada Honda Selectable Torque Control (HSTC)
Sistem lampu LED penuh, Panel meter digital LCD, Visor penghadang angin dengan ciri pelarasan (2 tahap), Sistem Smart Key, Soket pengecas USB Type-C, Sistem brek ESS (Emergency Stop Signal)
Ruang simpanan bawah pelana 48 liter
Di Malaysia, pihak pengedar rasmi motosikal Honda, Boon Siew Honda masih menutup mulut mengenai kehadiran skuter berkenaan dan nampaknya ia mungkin tidak akan berlaku pada tahun ini.








