HONDA ADV 350 (2024) Debut Di Malaysia, RM 34k, Turut Dilancar Transalp, Hornet, NX500!

TERKINIPELANCARAN

5/21/20242 min read

HONDA ADV 350 (2024), skuter yang kehadirannya di pasaran tempatan sentiasa menjadi tumpuan akhirnya dilancarkan, hari ini bersama penawaran harga menarik, RM 33,999 (asas).

Selain Honda ADV 350, pihak Boon Siew Honda (BSH) turut melancarkan tiga lagi model iaitu Honda CB750 Hornet, Honda XL750 Transalp dan Honda NX500 (2024).

Harga dan pilihan warna yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Honda CB750 Hornet

  • Harga (RM 50,800)

  • Pilihan warna: Graphite Black, Pearl Glare White, Mat Goldfinch Yellow

Honda XL750 Transalp

  • Harga (RM 56,800)

  • Pilihan warna: Matt Ballistic Black Metallic, Ross White, Mat Iridium Gray Metallic

Honda NX500

  • Harga (RM 37,099)

  • Pilihan warna: Grand Prix Red, Matt Gunpowder Black Metallic, Pearl Horizon White

Seperti biasa, harga yang diumumkan adalah disyorkan pengeluar dan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Spesifikasi ringkas keempat-empat model adalah seperti berikut:

Honda ADV 350

  • Enjin 330 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, transmisi automatik CVT.

  • Patuh piawaian emisi Euro 5, Kuasa 28.83 Hp @ 7,500 rpm, tork 31.5 Nm @ 5,250 rpm.

  • Kapasiti bahan api 11.7 liter (Jarak perjalanan sejauh 340 km pengisian penuh petrol)

  • Honda Selectable Torque Control (HSTC)

  • Sistem lampu LED penuh, Panel meter digital LCD lengkap dengan Honda Smartphone Voice Control, Visor penghadang angin dengan ciri pelarasan (2 tahap), Sistem Smart Key, Soket pengecas USB Type-C, Sistem brek ESS (Emergency Stop Signal)

  • Ruang simpanan bawah pelana 48 liter

Honda CB750 Hornet

  • Enjin 755 cc, Parallel-twin, dengan teknologi '270-degree crank & Unicam', 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, transmisi 6 kelajuan klac manual ‘Sssist & slipper’.

  • Kuasa 92 Hp @ 9,500 rpm, tork 75 Nm @ 7,250 rpm

  • 'Honda Ignition Security System', Honda Selectable Torque Control (HSTC, Kawalan Wheelie.

  • Panel meter TFT bersaiz 5 inci lengkap 'Honda Smartphone Voice Control'

Honda XL750 Transalp

  • Eniin 755 cc, 2 Silinder Parellel-Twin 270 Darjah Crank, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, transmisi 6 kelajuan klac manual 'Assist & Slipper'.

  • Kuasa 90.5 Hp @ 9,500 rpm, tork 75 Nm @t 7,500 rpm.

  • Honda Selectable Torque Control (HSTC)

  • Suspensi depan Showa 43mm SFF-CA (Separate Function Fork-Cartridge)

Honda NX500

  • Enjin 471 cc, 2 Silinder Parallel-Twin, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC, transmisi 6 kelajuan klac manual 'Assist & Slipper'.

  • Kuasa 46.9 Hp pada 8,600 rpm dan tork 43.11 Nm pada 6,500 rpm.

  • Kawalan Traksi

  • Suspensi fork jenis terbaik (USD) dari jenama Showa 41 mm 'Separate Function Fork Big Piston (SFF-BP)' dan penyerap hentak tunggal (belakang) lengkap dengan ciri pelarasan (preload, Spring rate & damping).

  • Brek cakera kembar bersaiz 296 mm dengan kaliper 2 Piston (depan) dan cakera tunggal 240 mm dengan kaliper 1 Piston di belakang.

  • Panel meter TFT berwarna 5 inci lengkap dengan sistem sambungan ke telefon pintar.

Seperti diumumkan, keempat-empat model berkenaan dilancarkan sempena Malaysia Autoshow 2024 di Maeps, Serdang yang dijadual membuka 'pintunya' kepada awam bermula esok hingga 26 Mei depan.