HONDA ADV160 (2023) Dapat Warna 'Unik' Di Thailand, 'Ngam' Kalau Masuk Malaysia!

TULAR

8/16/20231 min read

HONDA Motor Thailand mengemaskini penawaran terhadap skuter bergaya 'ADV' popularnya, Honda ADV160 (2023) menerusi pilihan warna baharu dikenali Pearl Bosporus Blue.

Menurut Honda, kemas kini yang membabitkan teknologi kejuruteraan 'cover set' itu dibuat bertujuan 'menyegarkan' pilihan skuter berkenaan.

Dan harga yang ditawarkan adalah 99,900 baht (RM 13,061). Selain Pearl Bosporus Blue, turut tersedia untuk pasaran Thailand adalah pilihan warna terdahulu iaitu Mat Gunpowder Black, Metallic Pearl Smokey Gray dan Mat Dahlia Red Metallic.

Di pasaran Malaysia, Honda ADV160 yang dilancarkan pada Januari tahun ini tampil dengan dua pilihan warna iaitu Vivacity Red dan Mat Charcoal Grey Metallic.

Mengulas ringkas trenkuasa Honda ADV 160, skuter ini dipadankan dengan enjin bersesaran 157 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, OHC bersama transmisi automatik V-Matic.

Kuasa dihasilkan adalah 16.1 Hp pada 8,500 rpm dan tork 15 Nm pada 6,500 rpm.

Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan Sistem Kunci Pintar, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan sistem kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC).

Sebelum Thailand, Honda ADV160 dengan pilihan warna Pearl Bosporus Blue sudah dijual di Singapura terlebih dulu namun anehnya, ia adalah unit yang diimport dari Thailand.

Dan pilihan warna sama juga nampak cukup mirip dengan warna asas bagi versi edisi istimewa Honda ADV160 Captain America Edition yang turut diperkenalkan di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2023, awal tahun lalu.