HONDA ADV160 (2026) Lancar Di Seberang, Panel Meter TFT, RM 10.7k!

Sebagai model yang dikemas kini, antara naik taraf yang cukup dinantikan kepada Honda ADV160 (2026) adalah di bahagian panel meter yang kini menggunakan skrin TFT berwarna bersaiz 5 inci bagi menggantikan paparan LCD sebelum ini

TERKINI

9/9/20251 min read

Honda ADV160 2026
Honda ADV160 2026

HONDA membuat debut skuter bergaya 'Adventure' popularnya Honda ADV 160 di pasaran Indonesia dan selepas beberapa tahun, versi terkini model berkenaan (2026) dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan yang signifikan juga di negara berkenaan.

Tiada perubahan drastik dari sudut rekaan, tetapi menurut Astra Honda Motor, pembaharuan itu dilakukan bagi memastikan skuter berkenaan kekal relevan untuk penggunan.

Mengulas rekaan, antara pembaharuan yang dibuat adalah bahagian panel sisi depan direka semula bagi perlindungan angin, habuk dan hujan yang lebih efektif.

Begitupun, bahagian belakang dan lampu depan masih kekal namun 'sentuhan' baharu itu dikatakan memberi aura lebih maskulin dan praktikal.

Sebagai model yang dikemas kini, antara naik taraf yang cukup dinantikan adalah di bahagian panel meter yang kini menggunakan skrin TFT berwarna bersaiz 5 inci bagi menggantikan paparan LCD sebelum ini.

Ia sekali gus menjadi Honda ADV160 memiliki ciri yang sama dengan 'abangnya' Honda ADV350 dan Honda X-ADV 750 dari segi teknologi paparan.

Lebih menarik, ia turut menyokong fungsi Honda RoadSync yang membolehkan akses kepada navigasi, panggilan telefon dan muzik secara terus melalui sambungan telefon pintar.

Untuk mengakses fungsi RoadSync, Honda ADV160 2026 dilengkapi dengan butang Multi-Switch baharu di sebelah kiri bar hendal. Honda turut menambah butang passing-light untuk kegunaan harian dan keselamatan tambahan.

Model ini masih mengekalkan ciri-ciri penting seperti:

Tambahan baharu termasuk port pengecas USB Type-C yang diposisikan dalam glove-box kiri yang dilihat sesuai untuk pengguna aktif yang sentiasa bergerak.

Ulas trenkuasa, Honda ADV160 masih dikuasakan enjin 160 cc, eSP+, 1 SIlinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, yang digandingkan dengan tramsmisi Automatik.

Enjin itu menghasilkan:

- Kuasa 15.8 Hp @ 8,500 rpm

- Tork 14.7 Nm @ 6,500 rpm

Info lain:

- Tangki bahan api: 8.1 liter

- Tinggi pelana: 780 mm

Di pasaran Indonesia, ADV160 2026 dengan ciri RoadSync dijual pada harga IDR41.95 juta, bersamaan sekitar RM 10,729. Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi untuk pasaran Malaysia dan jika kami mendapat maklumat mengenainya, perkongsian akan dibuat serta merta.