HONDA ADV350 (2025) Dengan Panel TFF 5 Inci Umum Di Malaysia, RM 33,999!

Pengumuman menarik daripada Honda Motor Malaysia mengenai salah satu model popularnya, Honda ADV 350 (2025) yang mendapat beberapa kemas kini termasuk dilengkapi paparan meter baharu lebih canggih

PELANCARAN

7/22/20251 min read

Honda ADV350
Honda ADV350

HONDA Motor Malaysia seperti dijangka mengumumkan kehadiran versi naik taraf model skuter bergaya 'Adventure' popularnya, Honda ADV 350 (2025) yang mendapat beberapa kemas kini termasuk dilengkapi paparan meter TFT 5 inci, hari ini.

Apa yang menarik, tiada perubahan harga yang diumumkan untuk versi naik taraf ini iaitu kekal RM 33,999.

Seperti biasa, ia adalah harga yang diumumkan oleh pengeluar, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Tiga pilihan warna turut diperkenalkan iaitu:

  • Moscato Red Metallic

  • Matte Pearl Agile Blue

  • Matte Gun Powder Black Metallic

Menerusi panel meter TFT, ia kini menyokong Honda RoadSync untuk sambungan telefon pintar (Android/iOS) bagi navigasi, muzik dan panggilan telefon menerusi Bluetooth. Dan untuk mengaksesnya, ia menggunakan suis empat arah yang bercahaya di hendal kiri.

Menurut Honda, panel ini turut memiliki visibiliti lebih jelas di bawah cahaya matahari.

Tiada perubahan dari sudut rekaan secara keseluruhan tetapi selain peningkatan dari sudut panel meter, ia juga tampil dengan beberapa perubahan lain.

Peningkatan lain adalah seperti berikut:

  • Ciri isyarat belok auto-cancel kini menjadi ciri standard

  • Lampu LED dalam ruang simpanan bawah tempat duduk ditambah

  • Suspensi belakang lengkap dengan 'Sub tank' kini boleh laras preload

  • Wiring tambahan disediakan untuk pemasangan aksesori seperti lampu kabus dan paip lantai.

Di bahagian trenkuasa, Honda ADV350 (2025) kekal dengan padanan enjin 330 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan transmisi Automatik CVT.

Kuasa yang dihamburkan adalah 28.2 Hp pada 7,500 rpm dan tork 31.8 Nm pada 5,250 rpm.

Info lain:

  • Visor angin boleh laras manual

  • Kapasiti ruang simpanan bawah pelana 48 liter

  • Port pengecas USB-C

  • Tinggi pelana 795 mm

  • Brek cakera (depan/belakang) lengkap ABS 2 Saluran

  • Honda Selectable Torque Control (HSTC) 2 tahap

  • Kunci Pintar Honda

  • Tangki bahan api 11.7 liter dengan jarak 330 km

Menurut Boon Siew Honda (BSH), Honda ADV350 (2025) dijangka akan tiba di cawangan Honda BigWing seluruh negara bermula pada pertengahan Ogos tahun ini.

Jaminan pengeluar yang disediakan oleh BSH adalah 20,000 km jarak perjalanan atau 2 tahun (yang mana tiba dahulu).