HONDA BeAT (2025) Dapat Warna Baharu, Harga Kekal RM 6,090!
Honda BeAT (2025) akan mula tersedia di semua pengedar Honda Impian X dan pengesah sah Honda seluruh negara bermula 20 September 2025 dan apa yang menarik adalah harga jualannya kekal pada angka RM 6,090 (tidak termasuk yuran pendaftaran, insurans dan cukai jalan)
TERKINI
9/18/20251 min read


BOON Siew Honda (BSH), hari ini mengumumkan tambahan pilihan warna baharu - Black dan White - untuk model skuter ciliknya, Honda BeAT (2025 sebagai tambahan kepada pilihan sedia ada, Matte Silver dan Green.
Akan mula tersedia di semua pengedar Honda Impian X dan pengesah sah Honda seluruh negara bermula 20 September 2025, apa yang menarik adalah harga jualannya kekal pada angka RM 6,090 (tidak termasuk yuran pendaftaran, insurans dan cukai jalan).
Seperti dinyatakan lebih awal, selain pilihan warna dan corak grafik baharu, tiada perubahan dari sudut rekaan berlaku.
Mengulas trenkuasa, Honda BeAT (2025) dijana enjin eSP bersesaran 110 cc, 1 Silinder, Suntikan Bahan Api bersama transmisi automatik CVT. Kuasa yang dihamburkan adalah 6.5 kW @ 7,500 rpm dan tork 9.5 Nm @ 5,500 rpm.
Menariknya, Honda BeAT (2025) turut mendapat penarafan EEV dengan kadar penggunaan bahan api 1.7 liter per 100 km.
Sistem brek menggunakan brek cakera (depan) dan dram belakang bersama Sistem Brek Kombi (CBS) sekali gus mendapat penarafan 3 bintan MyMAP.
Ciri-Ciri menarik lain adalah seperti berikut:
Port pengecas USB
Ruang simpanan bawah pela 12
Cangkuk barangan
Kunci brek parkir untuk kestabilan di cerun atau permukaan tidak rata
Lampu LED penuh
Panel meter digital LCD
Kepada yang berminat, BSH menawarkan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km (mana satu tiba dulu) kepada setiap pembeli Honda BeAT (2025). Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Honda Motor Malaysia atau kunjungi pengedar sah Honda berhampiran.'
