HONDA CB1000 SP (2025) Lancar Di MAS 2025, RM 69,999!
PELANCARAN
5/8/20251 min read


BOON Siew Honda, hari ini memperkenalkan model 'Hyper naked' berprestasinya, Honda CB1000 SP (2025) sempena acara Malaysia Autoshow 2025 (MAS 25) bersama penawaran harga menarik RM 69,999.
Seperti biasa, harga yang diumumkan adalah asas, tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Hanya satu pilihan warna ditawarkan iaitu Matte Ballistic Black Metallic dan dipadankan dengan rim berwarna Desert Gold Metallic dan suspensi warna emas untuk gaya lebih premium.
Dari sudut rekaan, Honda CB1000 SP (2025) tampil dengan reka bentuk 'Streetfighter' yang agresif.
Dan tiba sebagai model 'SP' yang bermaksud 'Special performance', ia turut dipadankan dengan pelbagai 'jajan' menarik termasuk padanan komponen premium membabitkan sistem brek dan suspensi.
Mengulas spesifikasi trenkuasa Honda CB1000 SP (2025), ia dipadankan dengan enjin bersesaran 1000 cc, 4 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC.
Digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap klac 'Assist & Slipper', ia turut memiliki ciri 'Quickshifter'.
Kuasa dihamburkan adalah pada angka 157.2 Hp @ 11,000 rpm dan tork 107 Nm @ 9,000 rpm.
Di bahagian suspensi, Honda CB1000 SP (2025) dipadankan dengan fork USD Showa SFF-BP 41 mm (depan) dan penyerap hentak tunggal Öhlins TTX36 (belakang) dengan ciri pelarasan penuh.
Sistem brek turut dipertingkatkan menerusi cakera berkembar 310 mm dengan kaliper Brembo Stylema 4 Piston (depan) dan cakera tunggal 240 mm dengan kaliper Nissin (belakang).
Seperti diketahui, Honda CB1000 SP (2025) juga menggunakan kerangka yang lebih kukuh menerusi kerangka Twin-Spar berbanding model terdahulu.
Dan sebagai model aras tinggi, ia turut didatangkan dengan sistem elektronik yang canggih menerusi penggunaan sistem Throttle-by-Wire (TBW), Honda Intelligent Security System (HISS) dan Emergency Stop Signal (ESS).
Untuk sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC), ia memiliki empat tetapan bersama tujuh mod tunggangan iaitu Rain, Standard, Sport, Dynamic Pro, Enduro Pro, serta dua mod User.
Ciri-ciri menarik lain termasuklah panel meter TFT berwarna 5-Inci lengkap dengan sambungan ke telefon pintar menerusi Honda RoadSync, ketinggian pelana 809 mm, tangki bahan api 17 liter dan berat 212 kg.










