HONDA CB350RS (2025) Dapat Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM 20.5k
Dua pilihan warna baharu yang katanya lebih menarik oleh Honda Motor Malaysia untuk Honda CB350RS (2025) adalah Pearl Deep Ground Gray dan Pearl Igneous Black
TERKINI
9/29/20251 min read


HONDA Motor Malaysia, hari ini memperkenalkan dua pilihan warna baharu bagi model roadster bergaya klasik moden Honda CB350RS (2025) iaitu Pearl Deep Ground Gray dan Pearl Igneous Black.
Apa yang menarik, syarikat itu turut mengekalkan harga cadangan runcit terhadap model berkenaan iaitu pada angka RM 20,500 (asas).
Seperti biasa, harga yang diumumkan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Tampil dengan reka bentuk yang memgambil elemen retro, Honda CB350RS (2025) turut dipadankan dengan pelbagai teknologi terkini yang menjadikannya bukan saja sesuai untuk tunggangan harian, malah perjalanan jarak jauh.
Di bahagian trenkuasa, Honda CB350RS (2025) dijana enjin berkapasiti 348 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api, OHC yang dipadankan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihamburkan adalah 20.8 Hp pada 5,500 rpm dan tork maksimum 30Nm pada 3,000 rpm.
Menurut Boon Siew Honda (BSH), sistem ekzos motosikal ini direka khas untuk menghasilkan bunyi bass yang padat dan nota tinggi yang jelas.
Ciri-ciri menarik adalah seperti sistem lampu LED penuh, sistem klac Assist/Slipper, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan brek menggunakan cakera tunggal (depan/belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Bagi meningkatkan penampilan retro, panel meter yang digunakan adalah berbentuk bulat yang menggabungan analog dan digital yang lengkap memaparkan maklumat seperti posisi gear, indikator ECO, kecekapan bahan api dan jarak perjalanan yang boleh ditempuh.
Boon Siew Honda turut menawarkan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer, mana-mana yang terdahulu.
Kepada yang berminat, Honda CB350RS (2025) dengan pilihan warna baharu ini akan mula tiba di semua pengedar Honda Big Wing seluruh negara bermula hari ini.




