HONDA CBR150R (2026), Dapat Warna Baharu, RM 13,399!

Tampil dengan tema 'Stealth', pilihan warna baharu yang diperkenalkan terhadap Honda CBR150R (2026) tiba dengan kemasan matte yang katanya menawarkan sisi lebih gelap dan agresif

TERKINI

4/16/20261 min read

MENGIKUTI pengenalan edisi eksklusif Honda CBR150R CyberRoar pada tahun lalu, Boon Siew Honda (BSH) terus mengemaskini penawaran terhadap model 'Sportbike' aras mulanya itu menerusi pengenalan warna 'Hitam' dengan jalur jingga.

Tampil dengan tema 'Stealth', pilihan warna baharu yang diperkenalkan tiba dengan kemasan matte yang katanya menawarkan sisi lebih gelap dan agresif.

Menurut BSH, warna baharu ini direka khusus untuk penunggang yang menggemari estetika profil rendah, di mana ketiadaan kemasan berkilat menjadikan garisan aerodinamik tajam pada motosikal ini tampil lebih menonjol di atas jalan raya.

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan Honda CBR150R kekal dengan padanan enjin 150 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan lengkap klac Assist & Slipper.

Kuasa berada pada angka 12.0 kW dan tork 13.7 Nm.

Ciri-ciri menarik seperti penggunaan fork USD, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) lampu kecemasan secara automatik ketika brek mengejut, sistem pencahayaan LED penuh dan panel meter digital.

Selain Hitam, Honda CBR150R turut mengekalkan dua pilihan warna terdahulu iaitu Trico dan Perak dan diumumkan pada angka harga asas, RM 13,399.