HONDA CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES (2024) Kini Di Malaysia, RM 119.4k!

TERKINI

6/15/20242 min read

HONDA CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES (2024), model 'Adventure touring' aras tinggi jenama Jepun itu membuat kemunculan di Malaysia dan diumumkan pada harga RM 119,388 (asas).

Sebagai info, Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES (2024) adalah versi terkini model lasak itu yang membuat debutnya tahun lalu dengan beberapa penambahbaikkan.

Dan khusus untuk Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES (2024), ia adalah model yang lebih cenderung kepada penggunaan 'on-road' menerusi penggunaan set rim jejari 19 inci (depan) dan 18 inci (belakang).

Selain itu, ia juga adalah model yang dipadankan dengan sistem transmisi DCT (Dual Clutch Transmission) yang dipertingkatkan.

Untuk pasaran Malaysia, pihak Boon Siew Honda (BSH) membawa masuk dua pilihan warna iaitu:

  • Mat Ballistic Black Metallic

  • Pearl Glare White

Berbalik kepada harga jualan, angka RM 119,388 adalah asas dan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Mengulas kembali trenkuasa, Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES (2024) dipadankan dengan enjin bersesaran 1,084 cc, 2 Silinder Parallel-Twin, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, OHC, sekali lagi bersama transmisi DCT.

Kuasa yang dihamburkan adalah 75 kW pada 7,500 rpm dan tork puncak 112 Nm pada 5,500rpm.

Menurut Honda, DCT yang dipertingkatkan menyaksikan penukaran gear yang lebih 'natural' terutama ketika memulakan pergerakan di dan di antara gear 1 dan 2.

Tiga mod operasi transmisi tersedia iaitu Manual Transmission (MT) dengan penukaran gear dilakukan menerusi butang di kiri bar hendal dan dua mod Automatik (D dan S).

Untuk Mod D, ia dikatakan lebih ideal untuk menggunaan dalam bandar dan lebuh raya manakaka Mod C lebih terarah kepada tunggangan 'Sporty'.

Sebagai motosikal dalam segmen aras tinggi, Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES (2024) turut dilengkapi dengan pelbagai pakej bantuan tunggangan elektronik yang canggih.

Menggunakan sistem pengurusan Throttle-By-Wire (TBW), ia turut dilengkapi 'six-axis' Inertial Measurement Unit (IMU), Honda Selectable Torque Control (HSTC), Honda Selectable Torque Control (HSTC), Wheelie Control dengan tetapan tersendiri.

Lim mod tunggangan (TOUR, URBAN, GRAVEL dan OFF-ROAD) tersedia dengan setiap mod memiliki pemetaan tersediri bergantung kepada penggunaan penunggang.

Sebagai tambahan, turut tersedia dua mod 'USER' yang memberikan lebih 'kustom' kepada penunggang mengikut 'selera' dan keperlukan mereka tersendiri.

Peningkatan menarik yang turut tersedia adalah di bahagian suspensi menerusi penggunaan Showa Electronically Equipped Ride Adjustment (Showa EERATM) yang kini datang secara standard.

Lima mod tersedia (MID, HARD, SOFT, OFFROAD, USER) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) juga memiliki dua mod dan boleh dinyahaktifkan.

Segala tetapan boleh dibuat dan diakses menerusi panel meter Multi Information Display (MID) 6.5 Inci TFT skrin sentuh.

Lebih menarik, ia turut memiliki sambungan ke Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri-ciri dan informasi penting lain adalah seperti berikut:

  • Jarak lega bumi 220 mm

  • Tinggi pelana boleh laras (820 mm dan 840 mm) tanpa penggunaan peralatan.

  • Pelana yang keselesaan dipertingkat

  • Visor angin dengan rekaan baharu

  • Port pengecas USB

Seperti biasa, tawaran jaminan tersedia untuk pembeli oleh BSH adalah 20,000 km jarak perbatuan atau 2 tahun (yang mana tiba dahulu).

Kepada yang berminat, Honda CRF11000L Africa Twin Adventure Sports ES (2024) akan mula tiba di cawangan pengedar Honda Big Wing seluruh negara bermula 19 Januari ini.