HONDA Dash 125 (2025) Dapat 4 Warna Baharu, Kekal RM 6,599!

Keempat-empat pilihan warna untuk Honda Dash 125 (2025) ditawarkan dalam harga jualan yang sama seperti tahun lalu dan akan mula berada di cawangan pengedar sah BSH bermula hari ini

TERKINI

12/17/20251 min read

PENGEDAR rasmi dan eksklusif jenama motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda hari ini mengumumkan kemas kini model kapcai popularnya, Honda Dash 125 (2025) yang membabitkan kosmetik sambil mengekalkan harga jualan asas seperti tahun lalu.

Empat warna baharu ditawarkan iaitu Kelabu, Biru, Putih, dan Hijau yang ditambah dengan rekaan jalur baharu yang katanya membawa dua gaya dinamik - Modern Sporty dan Neo Sportivo.

Dan keempat-empat pilihan warna itu ditawarkan dalam harga jualan yang sama - RM 6,599.00 (tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan yuran pendaftaran) dan sudah mula berada di cawangan pengedar sah BSH bermula hari ini.

Trenkuasa, Honda Dash 125 (2025) dijana enjin 125 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 2 Injap, Penyejuk Udara, Fi yang dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan constant mesh.

Kuasa 7.4 KW @ 8,000 rpm dan tork 9.5 Nm @ 6,500 rpm.

Menurut BSH, enjin itu dipertingkatkan prestasinya dan mendapat penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dengan tahap penggunaan bahan api yang sangat iaitu 59 km bagi setiap liter.

Suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang). Sistem brek pula menggunakan cakera tunggal hidraulik depan dan belakang.

Info lain:

  • Tangki bahan api 4 liter

  • Penghidup elektrik/Tendang

  • Lampu depan LED

  • Set roda 70/90-17 (depan), 80/90-17 (belakang)

  • Berat 105 kg

BSH berkata setiap pembelian menawarkan jaminan pengilang selama 2 tahun atau 20,000 km (mana-mana yang terdahulu) dan ia sudah mula berada di cawangan pengedar sah BSH bermula hari ini.