HONDA Giorno+ Donald Duck SE (2024) diperkenalkan di Thailand, RM 8.8k, Terhad 2k Unit!

TERKINI

4/17/20241 min read

PASARAN Thailand, baru-baru ini menerima 'kehadiran' skuter edisi istimewa bercirikan watak kartun popular, Honda Giorno+ Donald Duck Special Edition (2024).

Seperti model istimewa lain, Honda Giorno+ Donald Duck Special Edition (2024) dihasilkan dalam unit terhad iaitu 2,000 unit bersama harga jualan THB 67,900 (RM8,827).

Tiada perubahan dari sudut rekaan berbanding Giorno (Standard) yang bercirikan retro moden namun apa yang membuatkan Honda Giorno+ Donald Duck Special Edition (2024) istimewa adalah skema warna dan corak grafik yang digunakan.

Seperti namanya, ia menggunakan tema watak Disney popular Donald Duck yang dipadankan dengan warna Biru, Putih dan Kuning yang sinonim dengan watak berkenaan.

Menambah lagi keistimewaan adalah penggunaan 'emblem' 3D Donald Duck serta tandatangan watak berkenaan di bahagian panel depan dan imej Donald Duck di bahagian sisi panel.

Mengulas ringkas trenkuasa, ia dipadankan dengan eniin eSP+ bersesaran 124.77 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik.

Ciri-ciri menarik termasuklah penggunaan lampu LED, port pengecas USB, ruang penyimpan depan dan ruang simpanan bawah pelana sebesar 30 liter. Sistem Kunci Pintar.

Selain Honda Giorno+ Donald Duck Special Edition (2024), Honda Motor Thailand turut memperkenalkan sebuah model minibike, Honda DAX 1978 Special Edition.

Sedikit mengecewakan, pihak Boon Siew Honda tidak menawarkan model Honda Giorno di pasaran Malaysia.