HONDA Gold Wing Tour 50th Anniversary (2025) Rasmi Di Malaysia, RM 222.9k!
PELANCARAN
5/13/20251 min read


HONDA Motor Malaysia sempena acara Malaysia Autoshow 2025 (MAS25) tampil melancarkan penawaran terbaharunya dalam segmen premium, Honda Gold Wing Tour 50th Anniversary (2025).
Sebagai model dua roda paling mewah dihasilkan oleh pengeluar Jepun itu, harga yang diumumkan juga premium iaitu RM 222,888, tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan.
Bersama namanya yang memiliki perkataan '50th Anniversary', ia adalah model istimewa yang dihasilkan bagi meraikan ulang tahun ke-50 model touring mewah berkenaan.
Justeru, ia turut datang dengan beberapa keistimewaan dan ciri-ciri eksklusif yang sukar untuk diperoleh mana-mana motosikal lain di dunia.
Untuk pasaran Malaysia, pihak Boon Siew Honda (BSH) membawa masuk dua pilihan warna iaitu:
Eternal Gold
Bordeaux Red Metallic
Sebagai antara model paling ikonik Honda, Honda Gold Wing Tour 50th Anniversary (2025) dipadankan dengan enjin bersesaran 1,833 cc, 6 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC.
Sistem transmisi motosikal yang menggunakan kerangka aluminium twin-beam ini adalah dual-klac (DCT) 7 Kelajuan dengan pilihan mod Automatik atau Manual.
Bersama enjin berkenaan, angka kuasa diperoleh pada 125 Hp @ 5,500 rpm dan tork 170 Nm @ 4,500 rpm.
Di bahagian suspensi, ia dipadankan dengan fork double wishbone di depan dan absorber boleh laras di belakang yang boleh disesuaikan empat tetapan termasuk solo, solo dengan bagasi, dua orang dan dua orang + bagasi.
Sistem brek pula menggunakan sistem dual-kombi (Dual Combined Brake System, D-CBS).
Brek depan dipacu cakera kembar dipadankan dengan kaliper 6-piston.
Brek belakang pula dijana brek cakera tunggal dengan kaliper 3 Piston.
Antara ciri-ciri menarik adalah seperti berikut:
Ada beg udara terbina dalam
Sistem sambungan Apple CarPlay/Android Auto
Sistem pembesar suara baharu prestasi tinggi
Sistem 'Smart Stop' (ISS)
Tangki bahan api 21 liter
Panel meter TFT berwarna 7 inci
Sistem interkom Bluetooth lebih maju
Ciri 'Ducking' bagi merendahkan bunyi latar ketika berbual
Sistem audio 55W dengan tetapan equalizer dan volum automatik
Visor angin boleh laras elektrik dengan fungsi memori
Ruang simpanan sebesar 121 liter termasuk kotak simpanan belakang, dua pannier sisi
Sistem kunci pintar
Pelana guna material sued sintetik dan ergonomik
Sistem lampu LED penuh dan pintar
Lampu signal boleh nyah aktif automatik
Dua port USB Type-C










