HONDA Motor Malaysia Menang Besar Di MMOTY 2026

Enam anugerah yang dibawa pulang BSH adalah membabitkan model Honda CB650R E-Clutch, Honda ADV350, Honda CBR650R, Honda X-ADV selain dua teknologi iaitu E-Clutch dan Beg Udara

TERKINI

4/4/20261 min read

HONDA Motor Malaysia membawa pulang enam gelaran pada malam Anugerah Motosikal Tahunan Malaysia (MMOTY) 2026 yang membabitkan empat model iaitu Honda CB650R E-Clutch, Honda ADV350, Honda CBR650R dan Honda X-ADV.

Dua lagi anugerah diperoleh menerusi sistem E-Clutch dan anugerah Inovasi Terbaik Malaysia Tahunan menerusi sistem beg udara yang dipasang pada Honda Goldwing.

Berikut adalah anugerah yang dimenangi:

  • Honda CB650R E-Clutch - Anugerah Motosikal Naked Terbaik (Bawah 800 cc)

  • Honda ADV350 - Anugerah Skuter Terbaik (Lebih 250 cc)

  • Honda CBR650R - Anugerah Motosikal Sportbike Terbaik (Bawah 1000 cc)

  • Honda X-ADV - Anugerah Skuter Pengembaraan Terbaik

  • Teknologi E-Clutch - Anugerah Teknologi Motosikal Terbaik

  • Beg Udara Honda Goldwing - Anugerah Inovator Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda (BSH), Kunitomo Asano, berkata deretan anugerah berkenaan mencerminkan komitmen jitu syarikat terhadap falsafah 'Excite the World'.

"Daripada model touring perdana sehinggalah kepada motosikal kegunaan harian, kami sentiasa berusaha membawakan inovasi dan piawaian keselamatan bertaraf dunia kepada penunggang di Malaysia," katanya.