HONDA NX500 (2024) Sah Tiba Di Malaysia, Penampilan Di MA 2024!

TERKINI

5/18/20242 min read

HONDA Motor Malaysia sah membawa masuk penawaran terbaharunya dalam siri 500 ke pasaran tempatan menerusi Honda NX500 (2024), model yang dijadual menggantikan Honda CB500X di peringkat global.

Sebagai model pengganti kepada Honda CB500X - yang juga popular di Malaysia - Honda NX500 (2024) adalah motosikal dalam segmen 'Adventure touring'.

Dan seperti dijangka, penampilan pertama akan dibuat ketika acara Malaysia Autoshow 2024 yang dijadual berlangsung pada minggu depan (22 hingga 26 Mei 2024).

Seperti diketahui, Honda NX500 adalah model baharu yang dibangunkan oleh Honda dan kehadirannya di peringkat global buat pada November lalu.

Dan menurut Honda, sempena penggunaan huruf 'NX' bermaksud 'New X-over', pembaharuan yang dibuat adalah penyeluruh termasuk rekaan, penambahbaikkan trenkuasa, suspensi dan pelbagai lagi.

Dimulakan dari sudut rekaan, Honda NX500 (2024) sememangnya tampil dengan rekaan moden dan mendapat inspirasi daripada Honda Transalp XL750 yang baharu.

Sebagai info, selain Adv 350 dan XL750 Transalp, Boon Siew Honda turut akan membawa Honda CB750 ke Malaysia dan ditayangkan di MA 2024.

Di bahagian trenkuasa, Honda NX500 (2024) dipadankan dengan enjin bersesaran 471 cc, 2 Silinder Parallel-Twin yang sama seperti digunakan di Honda CB500X.

Begitupun, Honda turut melakukan beberapa pembaharuan yang didakwa enjinnya lebih lancar.

Antara yang dikemaskini adalah sistem suntikan bahan api bagi meningkatkan pecutan ketika 'low rpm' selain meningkatkan hamburan kuasa keseluruhan Honda NX500 (2024).

Selain itu, ia turut memiliki Sistem Kawalan Traksi yang boleh dinyahaktif.

Dipadankan dengan sistem transmisi adalah 6 kelajuan klac manual lengkap dengan klac 'Assist & Slipper, kuasa yang dihasilkan adalah setinggi 46.9 Hp pada 8,600 rpm dan tork 43.11 Nm pada 6,500 rpm.

Mengulas sistem suspensi,Honda NX500 (2024) dipadankan dengan fork jenis terbaik (USD) dari jenama Showa 41 mm 'Separate Function Fork Big Piston (SFF-BP)' dan penyerap hentak tunggal (belakang) lengkap dengan ciri pelarasan (preload, Spring rate & damping).

Sistem brek menggunakan cakera kembar bersaiz 296 mm dengan kaliper 2 Piston (depan) dan cakera tunggal 240 mm dengan kaliper 1 Piston di belakang.

Di bahagian panel meter, ia kini menggunakan panel TFT berwarna 5 inci lengkap dengan sistem sambungan ke telefon pintar.

Di bahagian roda, Honda NX500 (2024) turut dipadankan dengan rim 'Sport' 5 'spoke' berbanding '7 'spoke' seperti digunakan Honda CB500X dan ia 1.5 kg lebih ringan.

Sebagai info, penggunaan 'NX' untuk Honda sebenarnya bukanlah asing dan pernah digunakan untuk model seperti Honda NX650 Dominator pada era 1988 hingga 2003.