HONDA PCX160 (2025) Generasi Baharu Lancar Di Seberang, Harga Mula RM 9.5k!

TERKINI

12/6/20241 min read

TIDAK seperti di Malaysia, skuter maxi Honda PCX cukup laris di pasaran negara jiran, Indonesia.

Justeru tidak perlu menunggu lama selepas debutnya di EICMA 2024, bulan lalu, model generasi terbaharu skuter berkenaan akhirnya dilancarkan di pasaran Indonesia.

Sebagai model generasi terbaharu, antara perubahan yang berlaku termasuklah dari sudut rekaan yang tampil lebih elegan dan menarik.

Dan apa yang menarik, Honda turut mengemaskini penawaran dari sudut teknologi yang pastinya membuatkan skuter berkenaan tambah menarik.

Antara perubahannya adalah:

  • Panel meter jenis TFT berwarna dengan 2 mode (Malam dan siang).

  • Ada ciri sambungan ke telefon bimbit menerusi aplikasi Roadsync

  • Boleh menjawab panggilan telefon dan hiburan ringkas

  • Memiliki lampu 'Passbeam'

  • Set roda lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan sistem Kawalan Traksi Honda (Honda Selectable Torque Control)

  • Suspensi belakang lengkap 'Subtank'

Begitupun, ada beberapa kelebihan itu hanya terdapat kepada varian khas.

Dari sudut trenkuasa, Honda PCX160 (2025) kekal dengan enjin bersesaran 160 cc, 1 Silinder, 4 Injap yang mampu menghasilkan kuasa 11.8 Hp pada 8,500 rpm dan tork 14.7 Nm pada 6,500 rpm.

Seperti dinyatakan lebih awal, Honda PCX160 (2025) ditawarkan dalam tiga varian iaitu CBS, ABS dan RoadSync.

Pilihan warna dan harga adalah seperti berikut:

Honda PCX160 (2025) CBS

  • Pilihan warna: Exceptional Black, Exceptional White, Exceptional Matte Silver, dan Exceptional Red

  • Harga: Rp 33,750,000 (RM 9,411)

Honda PCX160 (2025) ABS

  • Pilihan warna: Phenomenal Matte Black, Phenomenal White, Phenomenal Matte Silver, dan Phenomenal Matte Red

  • Harga: Rp 37,350,000 (RM 10,414)

Honda PCX160 (2025) RoadSync

  • Pilihan warna: RoadSync Matte Black dan RoadSync Glossy Red

  • Harga: Rp 40,350,000 (RM 11,250)

Sebagai info, pihak Boon Siew Honda pernah membawa masuk Honda PCX150 ke pasaran tempatan namun pengedarannya dihentikan pada 2018.