HONDA PCX160 Kembali Ke Malaysia, Varian RoadSync, RM 12,998!

Kepada yang tidak tahu, ini adalah kemunculan semula Honda PCX untuk pasaran tempatan selepas ia 'hilang' selama kira-kira 6 tahun dan versi yang dibawa masuk adalah yang tertinggi iaitu Honda PCX160 Roadsync

PELANCARAN

10/13/20261 min read

BOON Siew Honda (BSH) membuat kejutan apabila mengembalikan semula model skuter siri PCX dalam katalognya dengan melancarkan Honda PCX160 untuk pasaran tempatan bersama penawaran harga menarik RM 12,998 (asas).

Kepada yang tidak tahu, ini adalah kemunculan semula Honda PCX untuk pasaran tempatan selepas ia 'hilang' selama kira-kira 6 tahun.

Setakat ini, hanya 1 varian dibawa ke Malaysia iaitu tertinggi yang lengkap dengan teknologi RoadSync bersama panel meter TFT, Kawalan Cengkaman (TCS) dan kunci pintar.

2 pilihan warna tersedia iaitu White dan Grey.

Sebagai info, ketika penjualan Honda PCX ditamatkan, alasan BSH ketika itu adalah berikutan permintaan terhadap model skuter khususnya PCX yang tidak begitu memberangsangkan.

Tetapi peningkatan populariti segmen skuter ketika ini membuatkan BSH mengambil keputusan untuk menawarkan semula siri PCX ini ke pasaran dan menariknya, ia memang cukup popular di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Ulas trenkuasa, Honda PCX 160 dipadankan dengan enjin eSP+ bersesaran 156.9 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Fi, SOHC dengan transmisi auto CVT.

Kuasa dihamburkan pada angka 15.1 Hp @ 8500 rpm dan tork 14.1 Nm @ 6,500 rpm.

Suspensi menggunakan fork teleskopik kovensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang) yang lengkap dengan 'sub tank' berwarna emas. Brek menggunakan cakera (depan/belakang) lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 1 Saluran.

Ciri-ciri menarik lain seperti port USB Type-C, sistem lampu LED penuh dan tangki bahan api 8.1 liter yang menurut BSH dengan 1 isian penuh boleh mengharungi jarak perjalanan 350 km dan ruang simpanan bawah pelana sebesar 30 liter.

Menurut BSH, Honda PCX 160 akan mula tiba di cawangan pengedar Honda Impian X dan pengedar sah Honda Motorcycle Malaysia bermula esok (14 Okt 2026). Setiap pembelian hadir dengan jaminan pengeluar selama 2 tahun (yang mana tiba dulu).