HONDA RS-X Winner (2025) Dilancarkan, Harga Mula RM 9.9k!
PELANCARAN
1/10/20252 min read


SELEPAS beberapa siri perubahan 'kosmetik', pihak Boon Siew Honda (BSH) akhirnya memperkenalkan versi terbaharu atau naik taraf model kapcai 'Super' jenama itu, Honda RS-X Winner (2025).
Tidak sekadar penambahan 'Winner' yang seperti mengambil nama model sama di beberapa pasaran luar negara, Honda RS-X Winner (2025) menurut BSH mendapat penambah baikkan bukan saja dari sudut luaran, namun trenkuasa.
Malah BSH turut menyakan ada tujuh perubahan yang dibuat berbanding Honda RS-X terdahulu.
Begitupun mungkin sedikit mengecewakan, ia masih dipadankan dengan enjin bersesaran 150 cc dan seperti diharap ramai iaitu 160 cc.
Sebelum pergi lebih jauh, secara keseluruhan, empat pilihan warna ditawarkan termasuk satu warna istimewa yang ditawarkan pada harga berbeza.
Biru, Hijau, Kelabu Matte: RM 9,998
Kuning Khas: RM 10,298
Dan harga yang diumumkan adalah asas tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Mengulas perubahan rekaan, sekalipun tidak begitu kelihatan, rekaan bahagian depan termasuk panel mengalami perubahan dan dikatakan sedikit lebar berbanding versi sebelum ini. Turut berubah adalah unit konsol suis hendal yang kini diasingkan dengan bahagian panel pemuka.
Seperti diketahui, antara isu yang terjadi kepada Honda RS-X yang membuat debut di pasaran tempatan pada penghujung 2021 adalah membabitkan membabitkan 'tensioner' dan menurut BSH, ia sudah pun selesai.
Dan seperti dikatakan lebih awal, Honda RS-X Winner (2025) masih mengekalkan enjin bersesaran 149.2 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual.
Untuk Honda RS-X Winner (2025), ia kini dipadankan dengan klac Assist & Slipper bagi proses penukaran gear yang lebih lancar.
Angka kuasa yang dihasilkan juga masih sama iaitu 11.8 kW @ 9,000 rpm dan tork 13.6 Nm @ 7,000 rpm.
Turut baharu adalah ia ikini dilengkapi sistem kunci pintar Honda lengkap dengan Sistem Penggera Antikecurian dan Sistem Panggil Balik.
Dan seperti motosikal moden lain dan kemudahan pemilik, Honda RS-X Winner (2025) turut dilengkapi port pengecas USB Type-A yang bertutup di bahagian kiri bar hendal.
Sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV), supermoped ini menawarkan pembakaran bahan api efisien dengan penjimatan petrol 50km per liter.
Dengan kapasiti tangki bahan api 4.5 liter, kapcai 'Super' ini turut mendapat pengiktirafan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) dengan penggunaan bahan api 50 km per liter.
Perubahan lain adalah di bahagian rim yang berubah daripada jenis enam jejari kepada lima jejari yang tampak lebih sporty dan menarik.
Seperti versi terdahulu, Honda RS-X Winner (2025) turut mendapat pengiktirafan 5-bintang MyMAP berikutan ia dilengkapi ABS.
Info lain adalah seperti berikut:
Ketinggian pelana 795mm
Jarak lega bumi 148 mm
Berat kasar 123kg
Seperti biasa, jaminan pengeluar yang diberikan oleh BSH adalah selama dua tahun atau 20,000 km (mana satu tiba dulu).












