HONDA Skuterama Kembali, Peluang Tunggang Uji 5 Model Skuter Honda!
Acara yang ditunggu-tunggu Honda Skuterama kembali bagi edisi 2025 yang berlangsung di pelbagai lokasi di Utara, Tengah dan Selatan dan Timur Malaysia
TERKINI
8/14/20251 min read


SELEPAS kejayaan beberapa edisi terdahulu, acara yang ditunggu-tunggu Honda Skuterama kembali bagi tahun 2025 yang berlangsung di pelbagai lokasi di Utara, Tengah dan Selatan dan Timur Malaysia.
Secara keseluruhan, sejumlah lima model dalam rangkaian skuter Honda terkini yang berada di bawah sesesaran enjin 250 cc dipamerkan.
Antaranya adalah seperti Honda NSS250, ADV160, Vario 160, Vario 125 dan BeAT.
Lebih menarik selain pameran, turut berlangsung adalah aktiviti tunggang uji serta pelbagai tawaran menarik daripada pihak Boon Siew Honda.
Berlangsung dari Julai hingga September ini, berikut adalah lokasi Honda Skuterama 2025:
30 Julai – 3 Ogos: AEON Mall Kota Bharu, Kelantan
6 – 10 Ogos: Suria Sabah (Kota Kinabalu), KTCC Mall (Kuala Terengganu), Mahkota Parade (Melaka)
13 – 17 Ogos: East Coast Mall (Kuantan), Wisma Sanyan (Sibu)
20 – 24 Ogos: Palm Mall (Seremban), Paradigm Mall (Johor Bahru)
27 – 31 Ogos: Aiman Mall (Kota Samarahan)
3 – 7 September: AEON Big Falim (Ipoh), MyTOWN Shopping Centre (Kuala Lumpur)
10 – 14 September: Aman Central (Alor Setar)
24 – 28 September: Queensbay Mall (Bayan Lepas), IOI City Mall (Putrajaya)
Bagi pengunjung yang mendaftar sesi tunggang uji, mereka berpeluang untuk menerima T-shirt Honda Skuterama (selagi stok masih ada).
Dan untuk pembelian motosikal baharu di lokasi acara, pelanggan boleh menikmati manfaat seperti:
Kadar faedah rendah
Insurans kemalangan diri bernilai RM 10,000 selama setahun
Jaket Skuterama eksklusif
"Tertakluk kepada terma dan syarat."


