HONDA 'Tapau' Podium Suzuka 8 Hours 2023, Zaqhwan Pelumba Negara Paling Menyerlah!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/7/20233 min read

GANDINGAN Takumi Takahashi, Tetsuta Nagashima dan Xavi Vierge dari Team HRC with Japan Post menjuarai perlumbaan 'Endurance' Suzuka 8 Hours 2023 di Jepun yang turut menyaksikan penguasaan penuh Honda di pentas podium.

Selain kedudukan podium (1-2-3), satu lagi pasukan yang menggunakan jentera Honda CBR1000RR-R Fireblade turut menamatkan perlumbaan di tempat keempat keseluruhan.

Secara keseluruhan, kemenangan edisi kali ini adalah yang ke-29 buat Honda, yang juga rekod perlumbaan.

Selepas mengharungi lapan jam perlumbaan, Team HRC with Japan Post melakukan 216 pusingan dan mengatasi pasukan di tangga kedua, TOHO Racing Honda (Ryuichi Kiyonari, KUNIMINE Takuma Kunimine, Ikuhiro Enokido) dengan kelebihan 1 pusingan.

Pasukan SDG Honda Racing yang dibarisi Naomichi Uramoto, Teppei Nagoe dan Haruki Noguchi yang melakukan 213 pusingan melengkapkan kedudukan podium.

Lebih menarik, satu lagi pasukan Honda, F.C.C. TSR Honda France yang dibarisi DI MEGLIO Mickael Di Meglio, Alan Techer dan Tarran Mackenzie di tangga keempat.

Pasukan yang menggunakan jentera Suzuki, AutoRace Ube Racing Team Suzuki menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima. Apa yang menarik, pasukan AutoRace Ube Racing Team Suzuki adalah pasukan yang sepatutnya disertai pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Sementara itu, daripada empat pelumba negara yang beraksi pada edisi kali ini, Zaqhwan Zaidi paling cemerlang selepas pasukannya, Honda Asia-Dream Racing with SHOWA menamatkan kempen di tangga ke-8 keseluruhan.

Turut berada dalam pasukan yang dibarisi pelumba dari Asia Tenggar itu adalah pelumba Thailand, Nakarin Atiratphuvapat dan pelumba Indonesia, Andi Farid Izdihar.

Satu lagi pasukan yang turut dibarisi pelumba negara Khairul Idham Pawi dan menggunakan jentera Honda iaitu Honda Sofukai Suzuka Racing Team menamatkan aksi di kedudukan ke-18.

Pasukan yang membariskan dua pelumba negara dan menggunakan jentera BMW, Azlan Shah Kamaruzaman dan Adam Norrodin serta Daniel Webb dari Britain tidak bernasib baik apabila tak menamatkan saingan.

Keputusan Suzuka 8 Hours 2023

1. Team HRC with Japan Post (Honda) 216 Pusingan

2. TOHO Racing Honda (Honda) 215 Pusingan

3. SDG Honda Racing (Honda) 213 Pusingan

4. F.C.C. TSR Honda France (Honda) 213 Pusingan

5. AutoRace Ube Racing Team (Suzuki) 213 Pusingan

6. Honda Dream RT SAKURAI HONDA (Honda) 213 Pusingan

7. BMW MOTORRAD WORLD ENDURANCE TEAM (BMW) 212 Pusingan

8. Honda Asia-Dream Racing with SHOWA (Honda) 212 Pusingan

9. S-PULSE DREAM RACING-ITEC (Suzuki) 212 Pusingan

10. Astemo Honda Dream SI Racing (Honda) 211 Pusingan

11. Team ATJ (Honda) 211 Pusingan

12. Yoshimura SERT Motul (Suzuki) 211 Pusingan

13 Kawasaki Webike Trickstar (Kawasaki) 210 Pusingan

14 HONDA VILTAIS RACING (Honda) 209 Pusingan

15 NCXX RACING with RIDERS CLUB (Yamaha) 209 Pusingan

16 TTSRacing MurayamaUnso HondaDream (Honda) 208 Pusingan

17 SANMEI Team TARO PLUSONE (BMW) 207 Pusingan

18 Honda Sofukai Suzuka Racing Team (Honda) 207 Pusingan

19 Kawasaki Plaza Racing Team (Kawasaki) 206 Pusingan

20 Team TATARA aprilia (Aprilia) 206 Pusingan

21 TERAMOTO@J-TRIP Racing (Suzuki) 205 Pusingan

22 TEAM KODAMA (Yamaha) 204 Pusingan

23 YART Yamaha Official EWC TEAM (Yamaha) 203 Pusingan

24 Honda Hamamatsu ESCARGOT & Kumamoto Racing (Honda) 203 Pusingan

25 Motobox Kremer Racing #65 (Yamaha) 202 Pusingan

26 Taira Promote Racing (Yamaha) 201 Pusingan

27 Honda Soyukai Tochigi Racing & Koyokai DREAM Racing (Honda) 201 Pusingan

28 KM 99 (Yamaha) 200 Pusingan

29 KRP SANYOUKOGYO &MATSUBA RS-ITOH (Kawasaki) 199 Pusingan

30 Team de"LIGHT (Ducati) 199 Pusingan

31 Dr. Dry Racing TMR with ACE CAFE (Suzuki) 199 Pusingan

32 CLUB NEXT&HONDA DREAM TAKASAKI (Honda) 199 Pusingan

33 Team BIZENSEIKI Kirimoto Techno Works (Kawasaki) 199 Pusingan

34 Honda Blue Helmets MSC Kumamoto & Asaka (Honda) 198 Pusingan

35 HAMAMATSU TEAM TITAN (Suzuki) 197 Pusingan

36 NICHIRIN RACING NOIZ (Yamaha) 194 Pusingan

37 TRIPOINT FUCHS Silekolen & DOG HOUSE (Suzuki) 193 Pusingan

38 GOSHI Racing (Honda) 189 Pusingan

39 MOTORCYCLES#27 (Honda) 188 Pusingan

40 TEAM SUGAI MOTO BUM RACING JAPAN (Honda) 186 Pusingan

41 IRF with AZURLANE (Yamaha) 185 Pusingan

42 Team MATSUNAGA KDC & YSP NAGOYA KITA (Yamaha) 184 Pusingan

43 TONE RT SYNCEDGE 4413 BMW (BMW) 178 Pusingan

44 AKENO SPEED (Yamaha) 169 Pusingan

45 GESUNDHEIT Racing RIDE ON MAKINOHARA EJ (Honda) 163 Pusingan

(Not Classified)

46. TEAM FRONTIER (BMW) 151 Pusingan

47. Sinshu activation project Team NAGANO (BMW) 143 Pusingan

48. OGURA CLUTCH ORC with RIDE IN (Yamaha) 142 Pusingan

(Tarik diri)

49. Yamashina Kawasaki AutoRaceUBE YIC AW EJ (Kawasaki) 51 Pusingan

50. YSS Mercury Kawasaki Plaza Suita (Kawasaki) 14 Pusingan