HONDA Tepis Dakwaan Kongsi Enjin Dengan Jenama Lain Di Malaysia
TERKINI
5/27/20251 min read


HONDA menerusi Boon Siew Honda (BSH) menepis dakwaan yang mendakwa enjin dihasilkan pengeluar Jepun itu turut digunakan jenama lain di pasaran tempatan.
BSH menegaskan bahawa enjin yang digunakan dalam rangkaian model Honda adalah bersifat proprietari yang direka dan dikilangkan secara eksklusif oleh Honda sahaja.
Syarikat itu menegaskan teknologi mereka tidak dikongsi, dilesenkan atau dibekalkan kepada mana-mana jenama motosikal lain yang ada di Malaysia.
Honda dalam kenyataan itu berkata mereka amat menghargai kepercayaan pelanggannya dan komited memberikan standard kualiti tinggi serta inovasi termaju.
Menurut syarikat itu, setiap komponen termasuk enjin adalah hasil daripada penyelidikan dan kejuruteraan teliti yang direka untuk meningkatkan pengalaman tunggangan pelanggannya.
Difahamkan, menyataan BSH ini hadir selepas ada pihak didakwa cuba mengaitkan motosikal bukan Honda yang dijual di Malaysia menggunakan enjin atau teknologi Honda.
Dakwaan itu difahamkan berkemungkinan bertujuan untuk meningkatkan 'nilai jualan semula' produk berkenaan.
