HONDA Vario 125 (2025) Dapat 2 Pilihan Warna Baharu, Asas Kekal RM 7,268!

Pengedar eksklusif Honda Motor di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) umum kemas kini terhadap skuter aras mulanya, Honda Vario 125 (2025) menerusi pilihan warna baharu

TERKINI

7/4/20251 min read

Honda Vario 125
Honda Vario 125

BOON Siew Honda (BSH) mengumumkan kemas kini terhadap skuter aras mulanya, Honda Vario 125 (2025) menerusi pilihan warna baharu dan harga jualan asas yang tidak berubah, RM 7,268.

Dua pilihan warna baharu yang yang dikatakan lebih menarik itu adalah Matte Blue dan Vibrant Blue.

Selain itu, dua pilihan warna, Magenta dan Silver turut dikekalkan.

Seperti biasa, tiada perubahan dari sudut rekaan dan trenkuasa dengan ciri-ciri menarik seperti sistem Kunci Pintar dan Idling Stop System (ISS) kekal.

Sebagai rekod, BSH melancarkan Honda Vario 125, model yang tampil dengan rekaan generasi terdahulu Honda Vario 150 itu pada Mac tahun lalu.

Di bahagian trenkuasa, ia dipadankan kekal enjin bersesaran 124.9 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC.

Bersama transmisi automatik CVT, kuasa yang dihamburkan skuter yang mendapat penarafan jimat tenaga atau 'Energy Efficient Vehicle' (EEV) ini adalah 11.5 Hp pada 8,500 rpm dan tork 11.74 Nm pada 5,000 rpm.

Turut mendapatkan penarafan tiga bintang MyMap, antara ciri-ciri menarik yang dipadankan termasuklah Sistem Kunci Pintar yang mengandungi Penggera Anti Kecurian, Panggilan Balik, brek parking dan sistem 'Idling Stop'.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) manakala sistem brek menggunakan cakera (depan) dan dram (belakang) bersama sistem Combi.

Ciri-ciri lain adalah seperti berikut:

  • Panel meter digital LCD

  • Port pengecas USB

  • Sistem lampu LED penuh

  • Ruang simpanan bawah pelana 18 liter

  • Tangki bahan api 5.5 liter

  • Set roda 90/80-14 (depan), 100/80-14 (belakang)

  • Tinggi pelana 769 mm

  • Berat 112 kg

Kepada yang berminat, Honda Vario 125 (2024) akan mula berada di cawangan pengedar Honda Impian X dan pengedar rasmi BSH bermula 5 Julai.

Dan seperti biasa, setiap pembelian akan ditawarkan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).