HONDA Vario 125 Street (2026) Lancar Di Malaysia, Lagi Bergaya, RM 7,468!

Sperti namanya yang memiliki perkataan 'Street', Honda Vario 125 Street menggabungkan reka bentuk berani gaya jalanan dengan kepraktisan mobiliti bandar dan dihasilkan untuk menterjemahkan budaya dan gaya hidup yang sinonim dengan cita rasa golongan belia masa kini

PELANCARAN

4/9/20261 min read

HONDA Motor Malaysia mengemaskini penawarannya dalam segmen skuter bergaya 'Sporty' dengan melancarkan Honda Vario 125 Street (2026) bersama penawaran harga yang boleh dianggap menarik, RM 7,468.

Seperti namanya yang memiliki perkataan 'Street', Honda Vario 125 Street dihasilkan dengan falsafah menggabungkan reka bentuk berani gaya jalanan dengan praktikaliti mobiliti bandar selain menterjemahkan budaya serta gaya hidup yang sinonim dengan cita rasa golongan belia masa kini.

Dua pilihan warna tersedia iaitu:

  • Purple

  • White

Direka untuk tampil menyerlah, Honda Vario 125 Street dari sudut rekaan menawarkan rupa paras yang unik. Ia menampilkan bar pemegang terdedah yang diinspirasikan daripada skuter gaya kembara, dipadankan bersama meter kelajuan digital terapung yang diasingkan.

Tetapi dalam masa sama, ia tetap mengekalkan identiti ikonik bentuk-V Honda Vario pada bahagian hadapan, namun disegarkan dengan penampilan yang lebih 'Sporty'.

Dan antara faktor yang membuatkan Honda Vario 125 Street lebih menonjol adalah rekaan keseluruhannya, termasuk rim yang diwarnakan senada dengan warna set badan skuter, sekali gus menyuntik aura muda, ceria dan 'hype'.

Dari segi prestasi, Honda Vario 125 Street dikuasakan oleh enjin eSP 125 cc, 1 Silinder yang digabungkan dengan transmisi Automatik.

Diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan dilengkapi Sistem SS, trenkuasanya mampu menjana kuasa maksimum 8.5 kW pada 8,500 rpm serta tork 11.9 Nm pada 5,000 rpm.

Seperti skuter lain, Honda Vario 125 Street didatangkan dengan sistem Honda Smart Key untuk penghidup tanpa kunci, ruang simpanan bawah tempat pelana berkapasiti 18 liter, Sistem Brek Gabungan (Combi), lampu LED penuh dan Kunci Brek Parkir.

Yang berminat, Honda Vario 125 Street boleh didapati di semua pengedar sah dan Honda Impian X seluruh negara bermula Mei 2026 dan setiap pembelian dayang ersama jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 kilometer (yang mana tiba dahulu).