HUBUNGAN Dengan Ducati Lagi Penting Dari Duit - Pramac Racing

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/23/20241 min read

PRAMAC Racing kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Yamaha bagi musim 2025 tetapi situasi itu berkemungkinan besar tidak berlaku, andai berdasarkan kata-kata salah seorang 'bos besar' pasukan MotoGP itu.

Memetik laporan Motosprint, Pengurus Pasukan Pramac, Gino Borsoi hubungan yang dimiliki pasukan itu dengan Ducati cukup akrab yang menyaksikan pasukan itu bergelar pasukan satelit rasmi pengeluar Itali itu ketika ini.

"Kami adalah saudara pasukan rasmi," kata Borsoi. "Di antara kami ada sesuatu yang lebih besar berbanding perbincangan membabitkan ekonomi. Berubah memang langsung tidak masuk akal," katanya.

Pramac dikatakan ditawarkan dengan dana cukup besar oleh Yamaha untuk menjadi pasukan satelit pengeluar Jepun itu bagi musim 2025.

Pasukan itu akan kehilangan khidmat pelumba utamanya, Jorge Martin pada musim depan selepas pelumba Sepanyol itu membuat keputusan untuk menyertai pasukan 'kilang' musim depan.

Begitupun untuk menyertai Ducati Lenovo, pendahulu carta kejuaraan pelumba musim ini itu bersaing hebat denga Marc Marquez dan Enea Bastianini.

Borsoi tanpa berselindung menegaskan Martin adalah calon paling layak untuk mengisi posisi berkenaan.

"Dia adalah orang yang tepat untuk bergandingan dengan Pecco Bagnaia, tanpa meremehkan calon-calon yang lain," kata Borsoi.

"Dia pelumba paling kuat di MotoGP, matang, terbabit dalam sudut teknikal, amat laju," katanya.

Jika Martin dipilih oleh Ducati, Pramac berpeluang untuk mengekalkan dua jentera 'Factory' seandainya juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez menyertai pasukan itu.

"Siapa yang tidak mahukan juara dunia lapan kali," katanya. "Kita bercakap mengenai paling berjaya dalam kategori, dengan gelaran 125 cc, Moto2 dan enam di kelas utama.

"Secara fizikal, dia pulih dengan baik, dan pantas dengan Desmosedici."